Ditulis oleh Donya Momenian | @donyamo_

Terjemahan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

 

Anda menonton muzik video K-Pop pertama anda. Perkara seterusnya yang anda tahu, ianya 2 pagi dan anda terus menekan video-video yang disyorkan. Mungkin anda hanya mahu tahu siapa yang rambutnya berwarna merah, tetapi kini anda sudah mendalam dan anda perlu mengetahui semuanya. Sama ada anda berada di tahap itu atau berharap anda dapat menikmatinya, veteran K-Pop di theQoos mencipta ruang bagi para peminat untuk menikmati pengalaman sehingga sepenuhnya. Dengan halaman-halaman untuk para artis kegemaran peminat, lengkap dengan halaman tentang yang terperinci, suapan yang dikemas kini, dan forum peminat, aplikasi tersebut adalah destinasi sehenti untuk semua tentang K-pop.

Peter Chun, Ketua Pemasaran di theQoos, tahu akan sensasinya dengan baik. Selama lebih 10 tahun di dalam industri, dia membuka pejabat YG Entertainment di U.S. dan menganjurkan lebih daripada 30 perjumpaan (meet-and-greets). Dalam proses itu, dia bertemu dengan beratus-ratus peminat K-pop. Dia dapat melihat hubungan mereka dengan muzik, kekaguman terhadap artis, dan persahabatan antara satu sama lain dengan bersentuh tangan. Sebagai sebahagian daripada theQoos, dia dan pasukannya bekerja untuk berkongsi kegembiraan itu bersama semua orang.

 

Keadaan Fandom

Kerana K-pop memperoleh lebih ramai peminat dari seluruh dunia, permintaan untuk lebih banyak kandungan, kemas kini, dan media semakin meningkat. Peminat berusaha untuk memperdalam hubungan yang mereka telah hasilkan dengan artis kegemaran mereka dan muzik mereka, sama ada ia menerusi seni, amal,  atau fan pages. Akibatnya, mereka telah mendapati diri mereka tersebar di serata internet, melompat di antara aplikasi-aplikasi. Antara siapa untuk diikuti dan dimana untuk mencari kemas kini terbaru tentang artis kegemaran anda, menjadi selesa di sosial media anda boleh menjadi sukar. 

“Kita memerlukan tempat khusus untuk peminat-peminat K-pop, disediakan bagi mereka untuk para peminat, oleh para peminat. Agar mereka dapat untuk meluahkan kesayangan mereka terhadap K-pop, saling mengenali antara satu sama lain, mencipta jaringan antara fandoms, dan dapat memiliki persekitaran yang selamat dan seronok untuk menjalin persahabatan serta berbual tentang cinta mereka terhadap K-pop,” Chun memberitahu EnVi.

Selain itu, keselamatan telah menjadi satu kerisauan untuk ramai peminat K-pop. Para pengguna di dalam aplikasi-aplikasi ini telah menghadapi buli, doxing, seksisme, rasisme, sering menyasarkan Black (orang yang berkulit gelap) dan orang-orang Asia. Kadangkala, para artis juga mendapat komen-komen negatif dan juga gosip.

“Ianya adalah topik yang sangat besar sehingga ke tahap ianya dilaporkan di media global bahawa terdapat penindasan dalam talian, ada komen-komen jahat, serta terdapat label K-pop dan artis K-pop yang mencari netizen untuk memfailkan kes terhadap mereka atas sebab menulis komen serta rumor yang berniat jahat – dan itu wujud di antara para peminat ataupun perang peminat,” Chun berkata.

Walau bagaimanapun, fandoms dalam talian boleh membenarkan orang untuk mencari beberapa rakan rapat mereka dan komuniti. Sesetengah peminat mungkin tidak mengenali sesiapa yang berkongsi minat dengan mereka. Orang lain mungkin mendapati bahawa sukar untuk berteman dalam suasana tradisional atau menghadapi masalah-masalah lain. Bagi orang-orang ini, berinteraksi dengan peminat K-pop lain dalam internet telah menjadi penenang mereka. Namun, dengan adanya ancaman negativiti terhadap minor, tempat-tempat ini tidak dapat dinikmati oleh semua.

Mengubah Arus

Ini adalah cabaran yang pasukan theQoos hadapi dengan aplikasi mereka. Setelah mempunyai pengalaman sendiri dengan dan sebagai peminat K-pop, mereka memahami pentingnya komuniti itu dan sokongan yang terdapat di dalamnya.

Hakikatnya, kempen “Why I Love K-pop” mereka diilhamkan daripada kisah salah seorang ahli daripada pasukan mereka sendiri yang melalui masalah peribadi dengan cinta mereka terhadap K-pop dan hubungan persahabatan yang mereka jalinkan dengan peminat lain. Program tersebut memberi para pengguna tempat untuk berkongsi apa yang membuat K-pop rasa istimewa bagi mereka dan berhubung dengan orang lain.

“Kami mendengar banyak kisah-kisah hebat, seperti orang ini yang bekerja di theQoos tentang, bagaimana, anda tahu, K-pop membantu mereka untuk melalui masa-masa sukar dalam kehidupan mereka,” kongsi Chun.

Lebih-lebih lagi, pasukan itu mahu para pengguna untuk berasa selesa menggunakan theQoos dalam cara yang bermakna. Untuk mewujudkannya, mereka bekerja di dua bahagian. Pertama sekali, mereka mengambil masa untuk menghubungi para peminat secara peribadi. Chun menerangkan, “Kami mendorong peminat. Kami sebenarnya menghantar mesej automatik kepada setiap peminat setelah mereka mendaftar selama beberapa hari pertama. Kami mendorong mereka untuk menjadi diri mereka sendiri. Kami mendorong mereka untuk meluahkan diri mereka sendiri di dalam persekitaran yang seronok dan selamat.

Sementara banyak akaun peminat K-pop cenderung menggunakan gambar profil idol kegemaran mereka daripada gambar mereka sendiri untuk merahsiakan identiti, banyak di theQoos rasa selesa untuk berkongsi gambar mereka sendiri di aplikasi tersebut. Secara organik, ini telah menjadi sebuah trend.

“Jadi, kerana para peminat mulai berasa sangat selamat, mereka sebenarnya berkata, ‘Hai kawan-kawan, jika saya mendapat jumlah X suka atau komen, saya akan mendedahkan wajah saya., Atau, mereka langsung mengambil gambar diri mereka sendiri dengan hashtag ‘pendedahan wajah’ dan mereka seperti, ‘Inilah siapa saya,’” Chun berkata. “Dan semua maklum balas dari semua peminat adalah sangat menggalakkan dan sangat positif sehingga mereka mendorong orang lain untuk turut serta dan melakukan perkara yang sama.”

Di sisi lain, pasukan theQoos memantau aplikasi tersebut dengan tekun, memastikan bahawa negativiti tidak akan ditoleransi. Setakat ini, Chun memastikan bahawa tidak ada lagi masalah besar, “Tiada siapa mahu merosakkan pesta di theQoos sekarang.” Dia memberi penghargaan kepada pemasaran pasukan, peringatan untuk bertindak dengan penuh hormat, dan moderator yang membuang sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang membahayakan. Namun begitu, nampaknya ada beberapa pesalah berulang yang gagal untuk mematuhi standard tersebut. Jika tidak, Chun melihat atmosfera positif di kalangan kebanyakan peminat. “Kami menetapkan asas itu dan ianya berfungsi.”

Menghubungkan Peminat dan Artis

Dengan mencipta ruangan ini, theQoos membuka sebuah kaedah bagi para peminat dan artis-artis untuk berhubung dalam cara yang penuh hormat dan selamat. Lebih penting lagi semasa pandemik, aplikasi tersebut membenarkan ruangan untuk komunikasi yang sihat. Chun berkongsi, “Kami mempunyai Q dan A di dalam bahagian komuniti kami dimana para peminat boleh memuat naik soalan-soalan untuk artis yang mereka ingin bercakap dengan. Dan kemudian para artis boleh masuk ke sana, menonton video yang peminat telah muat naik, melihat yang mana satu yang paling popular seperti yang diundi oleh para peminat. Seterusnya, artis itu sebenarnya akan memilih dan respons kepada soalan-soalan tersebut. Kami mahu mengembangkannya lebih jauh dan menjadikannya lebih interaktif atau lebih menarik.”

Ini datang daripada kefahaman bahawa ianya amat bermakna buat para peminat untuk merasa dikenali. Itu boleh menjadi sangat kuat sehingga kadangkala, batas-batasnya mungkin, malangnya, dilintasi.

“Kami melakukan sedikit penyelidikan dan pandangan mengenai fandom K-pop dan beberapa peminat ini akan mengatakan perkara-perkara yang keterlaluan kerana mereka ingin dikenali oleh artis. Oleh itu, jika mereka mahu dikenali oleh artis, mengapa tidak kita membekalkan cara yang selamat dan seronok untuk mereka mendapat reaksi positif daripada reaksi negatif,” Chun berkata secara lebih terperinci. “Dengan mereka dapat untuk memuat naik video diri mereka sendiri bertanya soalan, jika soalan tersebut adalah soalan yang bagus dan menarik, dan orang menyukainya, ia akan mendapat undian. Dan ganjaran untuk itu adalah mereka akan mendapat respons positif daripada artis K-pop yang mereka sukai.”

Begitu juga, ia membenarkan para artis untuk melihat peminat mereka secara peribadi sementara sekatan untuk kesihatan awam kekal ada. Namun begitu, Chun juga menerangkan bahawa ia membolehkan mereka untuk berinteraksi dengan beberapa peminat dengan menjawab soalan-soalan mereka yang mempunyai undian tinggi pada masa lapang mereka. “Mereka dapat melakukannya mengikut keselesaan masa mereka sendiri. Mereka tidak merasakan tekanan dari apa yang mungkin berlaku di dalam situasi secara langsung,” dia berkata.

Setakat ini, peminat telah mendapat peluang untuk bercakap dengan penyanyi Chungha. Idol itu menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti “Lagu apa yang anda tidak akan berasa penat untuk mempersembahkannya?” dan “Apa makanan yang ingin anda cuba?” Kumpulan lelaki A.C.E. juga melakukan sesi di aplikasi tersebut untuk peminat mereka, Choice. Ahli-ahli dapat untuk memberitahu peminat-peminat mereka tentang kenangan kegemaran yang mereka lakukan bersama sejak debut dan haiwan apa yang mereka mahukan sebagai haiwan peliharaan.

Namun begitu, visi pasukan itu tidak terbatas di skrin digital. Di masa hadapan, theQoos ingin memperluas kesan mereka dengan menganjurkan acara-acara secara langsung yang membawa persekitaran dalam talian itu ke kehidupan nyata.

“Terdapat semua yang kami lakukan sekarang; artis untuk interaksi peminat dan acara-acara komuniti dengan roulette, dengan peraduan mingguan,” kata Chun. “Kami ingin memperluaskan itu lagi. Kami ingin mencipta kluster komuniti yang banyak terlibat dengan satu sama lain, [dan] mudah-mudahan merancang acara peminat secara luar talian yang sebenar. Sebaik sahaja COVID tenang, kami mahu melakukan acara peminat. Kami juga ingin melakukan beberapa perjumpaan langsung secara maya juga. Sesuatu seperti Q dan A, tetapi mungkin dalam tetapan yang berbeza atau mungkin ianya acara secara langsung.”

Ketika K-pop memperoleh momentum di seluruh dunia, Chun menjelaskan kuasanya, “ Ianya adalah cara yang membuat anda merasa.” Di theQoos, para peminat boleh meluahkan itu melalui perbualan, seni, dan bahkan memes. Dalam proses itu, harapannya adalah agar orang dapat berhubung melalui perasaan-perasaan yang dikongsi.

 

Pastikan untuk memuat turun aplikasi theQoos hari ini dan datang meluangkan masa bersama Pasukan EnVi di sana!

Mencari lebih banyak keseronokan? Lihat recap K-Pop April Fool yang membuatkan peminat penuh dengan keterujaan!