NCT 127 akhirnya kembali dengan pengeluaran Sticker, album studio pertama mereka sejak Neozone pada tahun 2020. Walaupun setiap comeback NCT adalah parti di Neo City, era ini semestinya tidak dapat dilupakanㅡterutamanya bagi pencipta disebaliknya. Bagi penulis dan produser Rokman dan Benji Bae, ini adalah era pertama untuk banyak yang akan datang. 

 

EnVi berbual dengan kedua kreatif tersebut untuk temu ramah dua bahagian bagi membincangkan penciptaan “Lemonade” oleh NCT 127. Untuk bahagian kedua, Benji dan Rokman menjawab soalan-soalan dalam talian anda dan menyatakan ahli manakah yang mereka ingin bekerjasama dengan solo. Baca semua tentangnya dalam soal jawab di bawah.

Penampilan Impian

EnVi: Jika “Lemonade” menampilkan artis lain, siapakah penampilan impian anda untuk NCT 127?

 

Benji: Ooh, baik ini akan menjadi sangat berbeza! Kerana diluar K-pop, saya sangat suka alternatif R&B, hip-hop… dan dia hanyalah lelaki lain [menunjuk ke arah Rokman].

 

Rokman: [ketawa]. Saya tidak tahu, sejujurnya. Saya tidak memikirkan tentangnya.

 

Benji: Saya tahu saya akan mendapat sedikit ketidaksetujuan untuk ini, tetapi saya rasa G-Eazy mungkin akan kedengaran bagus dengan lagu ini. Atau juga Ski Mask the Slump God.

 

Rokman: Saya dengar Benji Bae sebagai penampilan.

 

Benji: Oh ya, saya!

Kolaborasi Impian bersama seorang ahli NCT

EnVi: Jika anda boleh menulis atau menghasilkan sebuah album solo untuk mana-mana ahli NCT, siapakah dia, dan bagaimana bunyinya?

 

Benji: Oh tidak, anda akan membuat saya memilih? [Kepada Rokman]: Anda ada sesuatu?

 

Rokman: Saya ingin melakukan projek solo untuk Mark. Saya suka betapa kerasnya dan jelas suaranya, dan dia boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dengan jelasㅡtona suaranya sangat serba boleh dan sesuai dengan gaya saya. Dan dia boleh menyanyiㅡramai orang tidak dapat mendengar dia menyanyi dengan banyak, tetapi dia boleh melakukan beberapa crossover yang bagus.

 

Benji: Ini adalah soalan yang suka. Saya akan pilih dua orangㅡsaya rasa seperti Taeyong memiliki pelbagai kebolehan yang boleh menjadi sangat hebat dengan beberapa irama dan instrumen yang bukan gaya K-pop. Tetapi, saya suka Haechanㅡdia hanya melakukan segala perkara dengan sangat bagus dan dia sangat comel. Dalam projek NCT Dream-nya, dia melakukannya dengan sangat bagus. Dalam 127, dia melakukan kerja yang baik dan saya rasa dia mempunyai banyak potensi. Seperti, pada pandangan saya, Haechan mengingatkan saya kepada Taemin dari SHINee, kerana Taemin memang sudah sentiasa hebat, tetapi apabila dia mula keluar dengan karya-karya solonya, ketika itulah kita benar-benar dapat melihat karya seni yang dia ingin keluarkan.

Rasa Seperti Lemonade

EnVi: Jika “Lemonade” merupakan makanan, bagaimana anda ingin menggambarkan rasa makanan tersebut?

 

Benji: Manis seperti lemonade, baby!

 

Rokman: Saya merasa lawak kerana terdapat banyak meme yang dibuat oleh ramai orang tentang “Lemonade,” dan ianya sangat kelakar. Tetapi setelah melihat video muziknya, ia berubah bagi saya.

 

Benji: Ya, saya juga. Saya boleh mengatakan sebelum ini ianya jenis rasa manis yang sangat kuat, tetapi sekarang bagi saya, ianya seperti kemanisan yang pedas. Seperti, anda tahu bagaimana dalam hidangan Mexico tertentu, mereka menambah rempah di atas makanan yang manis? Setelah melihat video lagu itu dan bagaimana mereka membawanya, saya rasa ia manis, pedas, dan mudah untuk dimakan. Anda tidak perlu berusaha keras untuk melakukannya, tetapi ia terasa dengan setiap gigitan.

 

Rokman: Saya melihat lemon dipotong di atas pemanggang dengan api yang hanya membakar lemon tersebut, dan kemudian seseorang mengetuknya dengan tukul di atas stik.

 

Benji: Sebentar, sekarang saya ingin menukar saya punya! Ianya kek lemon dengan sedikit lada di dalamnya.

 

Rokman: [ketawa]. Anda bahkan tidak mengatakan banyak lada atau jalapeño yang besar.

 

Benji: Bukankah lebih bagus jika anda memakan kek lemon yang pedas daripada lemon terbakar yang diketuk dengan tukul?

 

Rokman: Saya tidak kata bahawa lemon diketuk dengan tukul; saya kata ada stik dan seseorang mengetuk lemon tersebut di atasnya untuk melembutkannya atau apa-apa. Saya tidak tahu.

 

Benji: Lihat? Saya menang, teruskan.

Meletakkan Tanda Mereka di Bunyi NCT

EnVi: Bagaimana anda mendapat keseimbangan antara membuat “Lemonade” berbunyi sangat 127 sementara mendorong bunyi mereka ke hadapan juga?

 

Benji: Saya berasa terhormat bahawa itu adalah sebuah persoalan; saya tidak berbohong.

 

Rokman: Itu adalah soalan yang sangat bagus. Saya rasa, merujuk kepada penulisan, semuanya hingga ke bahagian korus adalah masuk akal. Satu perkara yang membantu adalah secara sonik, semua adalah sangat sukarㅡianya sangat sederhana, tetapi ia mempunyai kesan yang besar. Dan apabila sampai ke bahagian korus, itulah bahagian yang mendorong hal-hal untuk menjadi lebih progresif daripada yang kami sangkakanㅡitu hanyalah sebuah perjudian. Kami risau kerana kami tidak pernah mendengarnya sebelum ini.

 

Benji: Sebagai tambahan, saya ingin mengatakan bahawa semasa kami sedang menulis lagu tersebut dan apabila kami sudah mempunyai beberapa imej tertentu, kami memikirkan tentang hal yang NCT belum lakukan lagi. Jadi, secara lirik atau dengan aliran dalam lagu tersebut, apa sesuatu yangㅡketika dilakukan oleh NCTㅡmasih dapat dikenal pasti tetapi tidak berbunyi seperti seseorang mencuba untuk memaksa bahagian rap ke dalam lagu.

 

Rokman: Kami sebenarnya berfikir, secara khusus, tentang apa yang kami boleh lakukan yang kami belum dengar sudah dilakukan sebelum ini. Bagaimanapun, lagu-lagu yang lebih perlahan mereka keluarkan sudah sangat mengagumkanㅡmereka telah melukis sebuah gambar yang hebat, dan saya rasa bahawa keseluruh album ini akan menjadi yang terbaik mereka.

NCT 127 sebagai Instrumen Muzik

EnVi: Boleh anda memberi sebuah instrumen muzik kepada setiap ahli 127?

 

Benji: Ooh, sekarang itu sudah pasti adalah soalan K-pop. Boleh kita lakukan pusingan pantas dimana anda cuma menyebut nama, dan kami akan balas dengan nama sebuah instrumen?

 

EnVi: Sudah tentu! Yang pertama adalah Taeil.

 

Rokman: Bongo!

 

Benji: [ketawa]. Ok, yeah.

 

Rokman: Sebentar, mungkin genderang. Katakan sahaja genderang, ia terdengar lebih baik.

 

Benji: [ketawa lagi]. Bunyinya sama, dude.

 

EnVi: Ok, seterusnya adalah Johnny!

 

Rokman: Biola!

 

Benji: Nah, bro.

 

Rokman: Harmonika.

 

Benji: Tak, tak, tak. Gitar bes.

 

EnVi: Baiklah, kita akan ambil bes. Bagaimana dengan Jaehyun?

 

Benji: Ooh…tampan.

 

Rokman: Saya akan mengatakan bes untuk dia kerana suaranya yang rendah. 

 

Benji: Saya rasa selo kerana Jaehyun sangat berkelas dan Johnny hebat, tetapi seperti, dalam cara yang sangat kasual.

 

EnVi: Ok, Doyoung?

 

Benji: Hmm, seruling?

 

Rokman: Saya tidak tahu, ketiga-ketiga mereka mempunyai aura yang samaㅡia sukar untuk mengasingkan instrumen untuk mereka. Saya akan katakan basun.

 

Benji: Teruskan.

 

EnVi: Ok, basun untuk Doyoung. Seterusnya, Jungwoo.

 

Rokman: Oh gosh, klarinet.

 

Benji: Yeah, klarinet.

 

EnVi: Sebulat suaraㅡbagus. Bagaimana dengan Yuta?

 

Rokman: Dram; saya rasa dia boleh menjadi seorang pemain dram yang bagus.

 

Benji: Anda tahu? Saya ingin mengatakan kerincing. Kerana dia bukan ahli yang sentiasa mendapat baris yang banyak, tetapi dia menambahkah rempah istimewanya sendiri dalam barisnya.

 

Rokman: Saya mungkin memikirkan pemain dram kerana dia masuk semasa pra-korus dalam “Lemonade.” dan dia seperti, boom, di muka anda.

 

Benji: Oh, benar. Tapi kita masih akan teruskan dengan kerincing.

 

EnVi: Baik, kerincing. Sekarang, kita berada di Haechan.

 

Rokman: Saya rasa gitar akustik. Apabila saya memikirkan elektrik, saya teringat Mark.

 

Benji: Oh ya, kita akan teruskan dengan itu! Haechan adalah gitar akustik, dan Mark adalah elektrik.

 

EnVi: Ada apa-apa sebab kenapa?

 

Benji: Dengan gitar akustik, yeah, anda boleh memanipulasinya, tetapi ia mempunyai bunyi yang sangat hangatㅡsaya rasa suara Haechan sangat hangat. Mark tahu bagaimana untuk melontar suaranya kemana-mana, dan itu adalah gitar elektrik yang dihubungkan dengan amp, peddlesㅡbagaimana anda ingin melakukannya, dia tahu bagaimana untuk melakukannya. 

 

Rokman: Ya, suara Mark terdengar seperti cutting lead.

 

EnVi: Bagus, akhir sekali Taeyong.

 

Rokman: Jika saya berfikir tentangnya dalam bentuk kumpulan (band), saya akan menganggapnya sebagai penyanyi utama dan ahli-ahli lain bermain instrumen.

 

Benji: [secara bergurau]. Itu bukan jawapan bagi soalannyaㅡdia meminta instrumen, dude.

 

Rokman: Saya tahu, tetapi jika saya membayangkan semua yang lain bermain instrumen, sekarang saya hanya membayangkannya sebagai penyanyi.

 

Benji: Oh, saya faham! Saya akan katakan papan nada.

 

Rokman: Yeah, saya akan teruskan dengan papan nada.

 

EnVi: Mengapa?

 

Rokman: Serba bolehㅡia mungkin boleh menjadi di hadapan, ia mungkin boleh jadi di bahagian belakang latar. Itu yang bagus.

 

Benji: Tetapi ia sentiasa mengena dimana-mana anda meletakkannya.

 

Rancangan Masa Hadapan & Matlamat

EnVi: Ada apa-apa perkara yang anda nantikan seterusnya atau berharap untuk dicapai?

 

Benji: Sudah tentu ingin menyambung membuat muzik dan berkerja dengan “Rok.” Saya juga sedang mengusahakan album solo saya, dan semua muzik yang saya telah lakukan bersama Rok sangat mempengaruhi proses tersebut dengan. Kini “Lemonade” sudah keluar, saya akan pergi mendalam dengan projek-projek saya sendiri.

 

EnVi: Adakah ia bakal serupa dengan “Telephone”?

 

Benji: Yo, anda tidak bersedia. Saya menunjukkan lagu ini kepada Rok pada tempoh hari, dan oh man, saya teruja. 

 

EnVi: Menantikannya! Rok, bagaimana dengan anda?

 

Rokman: Saya melangkah masuk ke dalam dunia muzik Asia baru-baru ini, dan ia seperti semangat saya yang besar.. Saya mendengar podcast setiap hari, dan saya meneliti ahli-ahli untuk mengikuti dunia tersebut, anda tahu? Saya cuma teruja untuk terus membuat muzik untuk industri ini dan mencari cara untuk melakukannya dengan cara yang berbeza. Juga, saya mempunyai sebuah projek artis dalam karya sebagai seorang produser / kolaborator, dan hanya itu. Saya cuma bersungguh-sungguh dalam K-pop dan berkolaborasi dengan Benji.

 

Benji: Dan kami juga ingin berjumpa dengan NCT.

 

Rokman: Yeah, jom jadi sahabat baik atau apa-apa.

To The World

Oleh sebab NCT 127 meneruskan perjalanannya ke peringkat antarabangsa, dua orang kolaborator tersebut senang untuk berada di sepanjang perjalanan tersebut. Dari gaya muzik yang serupa hingga ke humor mereka, Benji dan Rokman mempunyai chemistry yang tidak dapat ditandingi. “Saya ingat ketika pertama kali saya berjumpa Rok pada bulan Februari, kami berbual tentang aspirasi kami, dan kami fikir, ‘bukankah ianya hebat jika sebuah lagu yang kami buat mendapat video muzik dan koreografi secara menyeluruh?’” Benji berkata. “Ini dia, baby.”

 

Dengarkan Lemonade dalam album NCT 127, Sticker, ada disini di semua platform.

Untuk lebih lagi mengenai “Lemonade,” lihat temu ramah kami dengan Benji Bae disini!