Ditulis oleh Chyenne Tatum | @chyenneblack

Terjemahan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

 

Pada 6 April, artis R&B Korea Moon Sujin mengumumkan single terbarunya, “The Moon,” yang menampilkan Moon Taeil dari NCT. Moon Sujin buat masa kini berada di bawah Million Market, salah satu daripada label anak syarikat yang banyak di bawah SM Entertainment dengan artis-artis lain seperti Chancellor, Penomeco dan Suran.

Anda mungkin mengenali Moon Sujin daripada kolaborasinya dengan rakan artis R&B dan hip-hop dalam industri: Zion.T, Dok2, Chancellor dan beberapa yang lain. Tetapi yang paling penting, dia tampil di keluaran 2020 EXO-SC, “1 Billion Views”, dimana peminat K-pop langsung menyukai vokal baldu dan visual memukaunya.

Projeknya bersama Taeil telah menimbulkan keributan di NCity memandangkan ini akan menjadi kali pertama Taeil bekerja dengan Moon lain di dalam industri itu, dan kerana nama itu sendiri merupakan bahagian istimewa dalam identitinya. Para peminat telah memanggil kolaborasi itu sebagai “2Moon”, nama panggilan yang sangat comel dan sesuai untuk pasangan itu.

“Moon Sujin menampilkan Moon Taeil menyanyikan “The Moon” ini adalah puitis dan sangat bagus, ini sangat HEBAT.”

 

“Single Moon Sujin, “The Moon” ft. Moon Taeil dari NCT akan dikeluarkan pada 11 April jam 6 petang waktu Korea. Kedua-duanya kelahiran tahun 94, kedua-duanya Moon, dan kedua-duanya dewa dan dewi vokal ?”

https://twitter.com/zndreya/status/1379426660068466692?s=20

 

“Dan sekarang, pada 11 April, 2021 jam 6 petang waktu Korea. MOON SUJIN akan mengeluarkan single terbarunya, 저 달 (The Moon) feat. #TAEIL daripada NCT. Impiannya telah menjadi nyata hari ini kerana mempunyai kolaborasi bersama barisan vokal NCT, Moon Taeil! Terima kasih kerana memilih Taeil sebagai pasangan duet anda ???”

 

“Apa yang berlaku hari ini di Mooncity :

? Selasa Taeil (Taeil Tuesday)

? Undian hari jadi Fanplus

? 5 tahun sejak Taeil diperkenalkan di dalam NCT U

? Kolaborasi “The Moon”

? Episode terbaru Mukping Chilling

210406 akan ditanda sebagai salah satu daripada hari yang terbaik dan sangat ikonik dalam sejarah Moondanse.”

https://twitter.com/moontaeillie/status/1379405231746904067?s=20

 

“Saya fikir saya telah tweet ini tetapi, MOON Sujin dan MOON Taeil, kolaborasi 2Moon omg sudah ikonik.”

 

Setelah menyatakan hasratnya untuk bekerja dengan NCT pada bulan November yang lepas, ramai peminat yang gembira melihat yang akhirnya berjaya membuahkan hasil! Anda boleh mendengarkan “The Moon” oleh Moon Sujin, menampilkan Moon Taeil pada 11 April, jam 6 petang waktu Korea.

 

Adakah anda telah mendengarkan cover “Free Love” oleh Kun dan Chenle? Baca semua tentangnya disini!