Menurut New York Times, lebih daripada 12% wanita Korea Selatan telah mula mengurus atau memulakan perniagaan mereka sendiri. Khususnya di dalam industri muzik, jumlah ini semakin meningkat. Pada bulan ini, EnVi teruja untuk mengetengahkan beberapa idol K-pop wanita yang mengambil langkah untuk mengasaskan perniagaan mereka sendiri.

Hyolyn – Brid3 Entertainment 

Sementara menjadi vokalis hebat SiStar, Hyolyn sentiasa bercabang keluar untuk melakukan kerja solo. Pada akhir November 2017, Hyolyn menubuhkan syarikat hiburannya sendiri, Brid3 Entertainment. Dalam kenyataan yang dibuat sendiri, beliau mencipta Brid3 untuk benar-benar memaparkan “jambatan antara peminat dan semua bentuk pengeluaran muzik.” Bukan sahaja beliau mewakili dirinya sendiri, tetapi Brid3 Entertainment juga merupakan rumah kepada pengarahan kreatif pelbagai video muzik seperti RAMIRANI dan kolaborasi Hyolyn dan Dasom “Summer or Summer.”

Image courtesy of Hyolyn’s Instagram.

Yubin – rrr Entertainment

Bekas Wonder Girl, Yubin, mengasaskan syarikat hiburannya sendiri, rrr Entertainment, pada bulan Februari tahun 2020, setelah beliau meninggalkan JYP Entertainment. Artis lain di bawah rrr Entertainment, yang bermaksud “real recognize real,” termasuk bekas ahli Wonder Girls member yang lain, Hyerim, dan atlet Taekwondo, Shin Min-chul. Menurut Yubin, menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) telah menaikkan kesedarannya tentang kerja yang dilakukan di belakang tabir untuk pengeluaran dan persembahan. “Sebagai seorang CEO, saya telah menjadi lebih realistik dan bertanggungjawab serta memberi lebih perhatian terhadap apa yang orang lain fikirkan,” beliau memberitahu The Korea Herald. Yubin juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi jenama fesyen Debby Upper dan melancarkan barisan musim luruh / musim sejuk pada Oktober 2021.

Image courtesy of Yubin’s Instagram.

Minzy – MZ Entertainment

Setelah pemergiannya dari 2NE1, Minzy mengasaskan syarikat multi-hiburannya sendiri, Minzy Entertainment, pada Oktober 2020 yang lepas. Selain daripada menjadi seorang CEO, Minzy juga bertanggungjawab melatih artis dan aktiviti persembahan sebagai penerbit umum syarikat itu. Di dalam sebuah temubual bersama NME, Minzy memberitahu motivasinya untuk memulakan agensinya sendiri. Sebagai seorang artis yang berpengalaman, beliau berhasrat untuk memupuk generasi artis yang seterusnya. Beliau juga berhasrat untuk mencipta muzik dan persembahan yang menunjukkan warna sebenar dirinya sebagai seorang artis.

Image courtesy of MZ Entertainment.

Kim Sohye – S&P Entertainment dan Penguin’s Cafe

Diasaskan pada tahun 2016, S&P Entertainment (Shark & Penguin Entertainment) ialah sebuah label pengurusan yang diasaskan oleh Kim Sohye setelah melakukan debut di dalam I.O.I. Pelakon dan penyanyi berumur 22 tahun itu juga menguruskan sebuah kafe yang dinamakan sebagai Penguin’s Cafe untuk “menyediakan sebuah ruang dimana S&P Entertainment dan Kim Sohye boleh berhubung dengan peminat,” menurut agensinya.

Image courtesy of Sohye’s Instagram.

Want more? Read our full issue here!