Disediakan oleh Diana | @parkenjoyer, Sarah | @sarahrobotke, dan Taylor | @taylor_louisem

Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

 

Amaran : Terdapat beberapa sebutan berkaitan depresi, membunuh diri, kekasaran, gangguan seksual, dan juga gangguan pemakanan di dalam artikel ini.

 

Memulakan terapi boleh menjadi sangat mencabar jika anda belum pernah melakukannya. Terdapat soalan termasuklah bagaimana untuk mencari seorang ahli terapi, jenis terapi apakah yang anda harus terima, dan bagaimana rasanya. Untuk menghormati Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, sebilangan kecil kami di EnVi ingin berkongsi pengalaman kami dengannya, untuk menggambarkan realiti terapi dan menjadikan proses tersebut kurang menakutkan.

 

Pengalaman Diana

TW / Amaran : Depresi, membunuh diri, dan kekasaran

 

Terapi telah menjadi sesuatu yang agak konsisten sepanjang hidup saya. Saya mula menjalani terapi pertuturan dan bahasa pada usia 3 tahun dan pergi untuk 2 tahun. Ini untuk membetulkan masalah pertuturan yang saya hadapi kerana apa yang saya dan keluarga saya anggap sebagai Gangguan Bahasa Ekspresif-Reseptif (Expressive-Receptive Language Disorder).

 

Saya mula mengalami masa yang sukar untuk berhubung dan bergaul dengan rakan sebaya di sekolah menengah tinggi saya, jadi ibu bapa saya menghantar saya ke sebuah kumpulan kecil dengan seorang kaunselor berlesen semasa saya berumur 12 tahun. Saya berhenti mengikuti setelah sesi kelima apabila dia memberitahu ibu bapa saya yang dia mengira bahawa saya mengalami ADHD, berikutan kejadian yang melibatkan saya menguncinya di luar pejabatnya untuk beberapa minit. Tiada siapa pun yang bekerja dengan saya yang menyangka saya mengalaminya, jadi ibu bapa saya sangat marah dengan anggapannya, memandangkan dia tidak mengetahui saya dengan baik.

 

Saya mula kaunseling keluarga sebelum saya memasuki umur 14 tahun. Ibu bapa saya menghantar saya kerana mereka mahu saya faham bahawa ianya tidak mengapa untuk meminta pertolongan dan tidak menetapkan harapan tentang bagaimana kaunseling tersebut, tetapi ianya tidak melakukan banyak kerana saya merasakan seperti saya dikenakan pada masa itu.

 

Manfaat utama pergi ke terapi ini adalah saya akhirnya dapat didiagnosis untuk kegelisahan, depresi, dan ADHD saya. Saya merasa amat kecewa kerana ia merasa seperti merancang untuk membunuh diri pada masa itu adalah satu-satunya cara ibu bapa saya akan memandang serius masalah saya. Setelah berurusan dengan penderaan emosi daripada beberapa guru di sekolah menengah saya, tekanan untuk berjaya, dan masalah imej badan di antara perkara lain, ia membuat emosi saya menjadi sangat kuat dan di luar kawalan saya. Saya mula mengambil ubat untuk ADHD saya dan berhenti setelah beberapa tahun apabila saya rasa ia tidak lagi membantu saya.

 

Salah satu daripada cabaran saya hadapi adalah didiagnosis dengan salah. Ahli terapi saya pada masa itu melihat penolakan saya terhadap isyarat sosial sebagai satu cabaran kepada pihak berkuasa. Ini menyebabkan saya salah didiagnosis dengan Gangguan Menentang Lawan (Oppositional Defiant Disorder). Ia menyebabkan saya terus untuk menyoal diri saya sendiri dan mempunyai masalah dalam mempunyai keyakinan dengan kemampuan diri. Saya tidak menyalahkan ahli terapi saya, tetapi ia merupakan sumber kesusahan perjuangan untuk saya secara peribadi pada masa itu.

 

Saya mula terapi kembali empat tahun kemudiannya, setelah berurusan dengan guru suara yang mendera emosi semasa tahun pertama saya di kolej. Kali ini ianya secara individu, dan ini adalah gabungan antara terapi tingkah laku kognitif dan terapi psikoanalitik. Walaupun ianya membantu untuk saya berurusan dengan kegelisahan teruk yang saya alami, rasanya ia tidak membantu semua masalah saya.

 

Ini membawa saya ke pengalaman terbaru saya di tahun 2020. Pakar psikiatri saya merujuk saya kepada seorang ahli psikologi yang merupakan seorang pakar dalam bekerja dengan orang dewasa yang autistik. Saya men……………….jalani penasihatan saya pada bulan Ogos, didiagnosis dengan Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder), dan mula terapi tingkah laku kognitif individu dan kumpulan. Ini telah berjalan dengan baik untuk saya, dan saya mempunyai hubungan yang baik dengan ahli terapi saya.

 

Saya pasti mempunyai banyak pengalaman yang berbeza dengan terapi. Ia sangat membantu jika anda mempunyai ahli terapi yang tepat dan diagnosis yang tepat. Namun, jika ianya tidak berkesan untuk anda, jangan takut untuk bertukar kepada ahli terapi yang lain untuk mendapat hasil yang lebih bagus. Saya juga mendapati proses untuk mengenali ahli terapi baru adalah mencabar, kerana ia memerlukan sifat mudah terluka yang luar biasa, tetapi akhirnya, ia hanya tercipta untuk membantu anda.Jika anda ingin pergi, saya sudah tentu mengesyorkannya. Ia telah sedikit sebanyak membantu saya.

 

Pengalaman Sarah

TW / Amaran : Depresi, Bunuh diri

 

Kisah saya adalah untuk semua orang, tetapi saya harap ia boleh membantu terutamanya pelajar-pelajar muda, menghadapi dunia ibu bapa dan terapi yang tidak diketahui. Ketika saya mula mengalami kesukaran dengan kesihatan mental saya, saya sekitar umur 12 atau 13 tahun, berjuang dengan depresi dan fikiran tentang bunuh diri. Segala-galanya menjadi lebih buruk di sepanjang sekolah menengah, tetapi saya enggan untuk menghadapi atau mengakui masalah saya dengan sesiapa pun di dalam hidup saya. Saya menyimpan semua perasaan saya, membenarkan mereka membina dan membina dan membina, hingga ke sekolah menengah tinggi.

 

Pada suatu ketika di dalam tahun pertama sekolah menengah tinggi saya, saya akhirnya berhadapan dengan ibu bapa saya dengan idea saya pergi menjalani terapi. Mereka tidak sepenuhnya menentang , tetapi ia terasa seperti mereka kecewa bahawa saya memerlukan terapi, jadi mereka berkata, “Ya, kita boleh membincangkannya,” tetapi kami tidak pernah melakukannya. Ia menyakitkan kerana saya akhirnya telah berjaya untuk membina keberanian untuk membicarakan tentangnya, hanya untuk tiada apa yang terjadi. Saya membawa naik topik itu beberapa kali lagi, tetapi tiap kali ia kelihatan tidak diendahkan sehingga saya akhirnya menangis dengan teruk di halaman belakang rumah kami pada suatu malam musim panas semasa tahun kedua saya. Saya menegaskan melalui air mata dan nafas yang terengah-engah bahawa saya memerlukan bantuan, bahawa saya perlu berbicara dengan seseorang yang bukan ibu bapa saya; bukan kerana saya tidak menyayangi mereka, tetapi kerana saya memerlukan bantuan profesional sebenar dan seseorang di luar keluarga saya untuk berbicara. Ia mengambil masa beberapa bulan, tetapi kami akhirnya menemui seorang ahli terapi melalui rujukan pendeta di gereja kami.

 

Ia adalah psikoterapi yang agak sederhana, tetapi itulah apa yang saya perlukan. Saya sudah lama menginginkan dan memerlukan seseorang untuk berbicara dengan, dan akhirnya saya mendapatkannya. Mengenali ahli terapi dan bersikap terbuka dengannya agak sukar pada mulanya. Ia sukar untuk melepaskan rasa malu dan rasa bersalah yang saya telah rasakan untuk sebahagian besar daripada kehidupan remaja saya mengenai perkara dan perasaan yang saya tidak dapat kawal. Beberapa malam dan minggu telah berlalu dan kami semakin banyak berbual, saya merasa bebas. Saya rasa seperti saya mempunyai ruang untuk benar-benar membuka dan melepaskan bagaimana saya telah rasakan selama bertahun-tahun, dan bahkan membicarakan tentang perkara yang mungkin bukan paling mendesak, tetapi penting bagi saya. Saya membina kemahiran untuk berbicara mengenai perasaan saya dan tidak menahannya di dalam, dan ia menyelamatkan saya daripada banyak kesakitan yang saya akan hadapi jika saya tidak dapat untuk meluahkan perasaan tersebut.

 

Ahli terapi saya dan saya juga telah menjumpai cara-cara untuk mengetahui bila episod kemurungan akan berlaku, dan kemudian dapat mengurangkan kesan dan intensitinya. Peluang untuk berbicara mengenai pengasingan yang saya telah rasakan sejak sekian lama, rasa berat yang teramat saya telah rasakan bertahun-tahun, adalah menggalakkan. Bukan sahaja tindakan boleh membicarakan tentang apa kesukaran yang saya alami membantu, tetapi ia memberikan saya harapan bahawa saya boleh terus berjalan dan hadapi perkara-perkara yang saya alami kesukaran dengan begitu lama di dalam cahaya yang baharu. 

 

Saya cukup bernasib baik untuk berhubung dan baik dengan ahli terapi saya pada percubaan pertama saya, dan kadang kala ia memerlukan lebih banyak percubaan daripada itu. Kadang-kadang, proses untuk memberitahu ibu bapa yang memerlukan masa yang lebih lama, dan saya tahu itu adalah kesukaran yang dihadapi ramai orang-orang muda. Saya mahukan pengalaman saya dalam terapi untuk menghantar mesej harapanーtidak kira apa pun halangan yang anda bakal hadapi untuk mendapatkan bantuan yang anda perlukan. Ia mungkin mengambil lebih daripada satu perbincangan bersama ibu bapa, atau perjumpaan bersama ahli terapi, atau juga pertimbangan dengan diri kita sendiri, tetapi berbicara tentang kesukaran yang saya hadapi dan boleh mendapat pertolongan yang saya perlukan adalah diperlukan. Harapan saya adalah agar anda dapat merasa kuat melalui kisah saya, untuk mengetahui bahawa anda tidak keseorangan, bahawa menjadi muda dan dalam terapi bukanlah sesuatu yang buruk atau pelik, bahawa ia tidak memalukan untuk meminta. Terapi boleh menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa, membenarkan kita untuk benar-benar merasakan dan menangani semua perkara yang kita hadapi. Anda tidak keseorangan, dan menerima pertolongan bukanlah apa-apa yang anda perlu rasa malu.

 

Pengalaman Taylor

TW / Amaran : ED, SA, Bunuh diri

 

Ketika saya berumur 19 – 20 tahun, saya mengambil antidepresan dengan dos yang sangat tinggi. Saya mengambil Max, yang seperti 200mg, namun begitu tidak ada apa yang berlaku jadi doktor saya mencadangkan terapi. Saya ragu-ragu, jadi untuk lebih kurang setahun, saya enggan untuknpergi.

 

Ketika akhirnya saya setuju pada tahun lepas, saya diberitahu bahawa kesihatan mental kekurangan dana dan kekurangan tenaga kerja di NHS, jadi saya disarankan untuk pergi ke tempat persendirian. Ibu saya dan saya mencari-cari ahli terapi yang bagus yang tidak terlalu mahal. Selepas rakannya mencadangkan seseorang, saya akhirnya menghadiri beberapa sesi, dan secara jujur…. bagi saya, ianya tidak membantu langsung.

 

Kini, saya rasa ini mungkin kerana ahli terapi tersebutーdan pengalaman saya sama sekali tidak mewakili semua terapiーtetapi itu bukan pengalaman yang hebat dan saya rasa orang ramai perlu membaca tentang jenis-jenis kisah sebegini juga. Secara keseluruhan, saya telah menjalani kira-kira lapan sesi (satu setiap minggu), dan selepas itu saya akan menangis untuk berjam-jam. Tidak kira subjek apa yang kami bicarakan, terapi tersebut hanya akan memberitahu saya bahawa saya mempunyai masalah penolakan dan (jangan gelak di sini) masalah ayah (daddy issues). Dia menyalahkan gangguan makan saya dalam hal ini, gangguan seksual saya yang serius, dia menyalahkan hobi-hobi saya dan juga apa yang saya tidak suka, menyalahkan semuanya atas penolakan? Walaupun tingkah orang lain terhadap saya, yang tidak boleh memberi kesan, dia akan menyalahkan penolakan masa lalu sayan

 

Selepas lapan sesi tersebut, saya telah membina sebuah idea di dalam kepala saya bahawa semua yang berlaku / bakal berlaku kerana tiada siapa pun yang mahukan saya atau bahawa saya tidak cukup bagus dan akhirnya akan ditolak. Saya menghabiskan satu tahun mencuba untuk melupakan tentang pengalaman ini dan apa yang saya diberitahu, tetapi saya tidak boleh berbohong apabila saya mengatakan bahawa saya sentiasa kesal tentang itu, tentang idea bahawa saya akan ditolak. Walaupun perkara-perkara kecil seperti mencadangkan makan malam, berkongsi idea, apa-apa sahaja yang boleh ditolak menakutkan saya.

 

Apa yang lebih teruk lagi adalah saya sekarang mempunyai pencetus (triggers) baharu untuk perkara-perkara seperti trauma gangguan makan dan seksual saya, yang mengerikan dan nampaknya “tidak dapat dijelaskan.” Saya berharap bahawa jika sesiapa mahu pergi untuk terapi, mereka tahu bahawa jika sesuatu membuat anda rasa tidak selesa, anda mempunyai hak untuk berhenti dan juga berkata sesuatu kepada ahli terapi anda, “Saya tidak suka ini, anda tidak membantu.” Anda melakukan ini atas alasan anda sendiri dan itulah sebabnya anda yang paling penting dalam situasi tersebut. Saya sangat berharap agar semua orang dapat memperoleh keselesaan dalam mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian.

 

Jika anda menghadapi masalah dengan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi anda mohon hubungi sumber-sumber di bawah :

Perikatan Nasional mengenai Penyakit Mental (NAMI)

 

Talian Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan 

 

Projek Trevor

 

Persatuan Gangguan Makan Kebangsaan (NEDA)

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang jenama-jenama fesyen yang menyokong kesihatan mental dan bagaimana disini.