Disediakan oleh Team EnVi | @ncity_mag

Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

 

Drama-drama Korea yang akan datang tahun 2021 akan ditayangkan dan watak mereka tidak kekurangan pelakon idol. Para idol mengejar bidang lakonan kini sudah menjadi satu kebiasaan. Walaupun mereka terus menghadapi kritikan untuk kraf tersebut, pelakon idol dari semasa ke semasa telah membuktikan nilai mereka dan menempa jalan mereka sendiri di dalam industri filem. Musim yang akan datang untuk drama-drama ini akan menyaksikan kembalinya ramai idol menjadi pelakon dan ada idol pelakon yang baru sahaja bermula. Lihat senarai drama-drama Korea 2021 terkini untuk menantikan idola-idola yang bakal tampil dalam senarai watak mereka! Ianya penting untuk diingati bahawa tarikh-tarikh penyiaran dan para pelakon untuk drama-drama ini masih boleh berubah pada masa akan datang kerana hal-hal yang tidak dapat dijangka.

 

Separuh Pertama 2021

Imitation

Imitation merupakan drama romantik komedi yang akan datang tentang kehidupan seorang idol, diadaptasi daripada webtoon popular dengan nama yang sama oleh Park Kyungran. Watak-wataknya buat masa sekarang dipenuhi dengan kedua-dua para idol yang tua dan muda dengan Yunho dari ATEEZ, Jun dari U-KISS dan Jiyeon dari T-ara yang merupakan sebahagian besar daripada pelakon utama. Idola-idola lain dari kumpulan seperti SF9, ATEEZ, Pristin, Boys Republic dan g.o.d juga akan turut membuat penampilan sebagai watak tambahan.

  • 12 Episod
  • Genre : Muzik, Romantik Komedi, Drama
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 7 Mei 2021, ditayangkan setiap hari Jumaat
  • Watak Utama
    • Jeong Ji So sebagai Lee Ma Ha
    • Lee Jun Young dari U-KISS sebagai Kwon Ryok
    • Park Ji Yeon dari T-ara sebagai La Ri Ma
    • Jeong Yunho dari ATEEZ sebagai Lee Yu Jin
  • Watak Pembantu
    • Chani dari SF9 sebagai Lee Eunjo
    • Im Na Young sebagai Shim Hyun Ji
    • Hwi Young dari SF9 sebagai Kang Lee Hyun
    • Lee Soowong dari Boys Republic sebagai Hyun Oh
    • Choi Jong Ho dari ATEEZ sebagai Hyuk
    • Choi San dari ATEEZ sebagai Min Su
    • Park Seonghwa dari ATEEZ sebagai Se Young
    • Ahn Danny dari g.o.d sebagai Ji Hak

 

Love #Hashtag

Pada skrin yang lebih kecil, para peminat dapat melihat beberapa kegemaran mereka di dalam siri web Love #Hashtag yang akan datang. Kedua-dua Hyejeong dari AOA dan Seungwoo dari VICTON membintangi drama yang dinanti-nantikan ini. Ia mengikuti orang dewasa muda melalui kisah-kisah temu janji di era digital.

  • 10 Episod
  • Genre : Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 27 April 2021, ditayangkan setiap hari Selasaa
  • Watak Utama
    • Oh Chang Seok sebagai Kang Ji Hoon
    • Hyejeong dari AOA sebagai Yoon So Ra
    • Seungwoo dari VICTON sebagai Lee Shi Woo
    • Chae Soo Ah sebagai Kim Chae Ah

 

So I Married an Anti-fan

So I Married an Anti-fan merupakan pembuatan semula terbaru sebuah novel dengan nama yang sama, sebelumnya telah dibuat semula menjadi filem Cina yang dibintangi oleh Chanyeol dari EXO. Adaptasi drama baharu ini akan menampilkan Sooyoung dari Girls’ Generation sebagai Lee Geunyoung, seorang wartawan anti-peminat superstar Hoo Joon yang dimainkan oleh Choi Taejoon. Kebencian mereka (atau cinta?) untuk satu sama lain hanya makin meningkat apabila mereka akhirnya perlu tinggal bersama.

  • 16 Episod
  • Genre : Muzik, Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 30 April 2021, ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu
  • Watak Utama
    • Choi Sooyoung dari Girls’ Generation sebagai Lee Geunyoung
    • Choi Taejoon sebagai Hoo Joon
  • Watak Pembantu
    • Hwang Chansung dari 2PM

 

My Roommate is a Gumiho

My Roommate is a Gumiho merupakan drama terbaru tvN berdasarkan webtoon fantasi, 간 떨어지는 동거. Ia membongkar kisah tentang Lee Dam (Hyeri dari Girls’ Day), seorang pelajar universiti yang secara tidak sengaja menelan manik rubah yang dibuat secara teliti oleh Shin Wooyeo (Jang Ki-young), seekor rubah ekor-sembilan yang berumur 999 tahun. Dengan kedua-dua nyawa mereka kini terancam, mereka membuat keputusan untuk tinggal bersama sehingga mereka dapat mengetahui cara bagaimana untuk membuang manik tersebut.

  • 16 Episod
  • Genre : Fantasi, Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 26 Mei 2021, ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis
  • Watak Utama
    • Hyeri dari Girl’s Day sebagai Lee Dam
    • Jang Ki-young sebagai Shin Wooyeo
    • Kang Hana sebagai Yang Hyesun
    • Kim Do Wan sebagai Do Jae Jin
    • Bae In Hyuk sebagai Gye Sunwoo
  • Watak Pembantu
    • Kim Doyeon dari Weki Meki

 

Doom At Your Service

Satu lagi drama fantasi terbaru tvN, Doom At Your Service akan ditayangkan pada bulan Mei ini. Ia dibintangi oleh Park Boyoung sebagai Tak Dongkyung, seorang penyunting novel web yang menandatangani sebuah kontrak 100 hari dengan Myul Mang yang dimainkan oleh penyanyi-pelakon Seo Inguk, seorang utusan dewa mitos. Kang Taeoh dari 5urprise akan melakonkan watak rakan sebilik dengan watak Lee Soohyuk sementara Dawon dari SF9 akan ditampilkan sebagai adik lelaki Dongkyung.

  • 16 Episod
  • Genre : Fantasi, Percintaan
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 10 Mei 2021, ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa
  • Watak Utama
    • Park Boyoung sebagai Tak Dongkyung
    • Seo In Guk sebagai Myul Mang / Kim Saram
    • Lee Soohyuk sebagai Cha Joo Ik
    • Kang Tae Oh dari 5urprise sebagai Lee Hyunkyu
    • Shin Dohyun sebagai Na Jina
  • Watak Pembantu
    • Dawon dari SF9 sebagai Tak Sunkyung

 

Separuh Kedua 2021

Affection

Affection merupakan sebuah drama bersejarah yang akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun 2021. Berdasarkan komik Yeonmo oleh Lee So Young, siri televisyen tersebut mengikuti Park Eun Bin sebagai Lee Hwi, anak perempuan keluarga diraja yang dibuang. Kembali ke istana, dia menyamar sebagai seorang lelaki untuk menjadi raja yang seterusnya. Sebagai putera mahkota, dia diajar oleh Jung Ji Woon, dimainkan oleh Rowoon dari SF9, dan dilindungi oleh pengawal Kim Ga On, yang digambarkan oleh Byungchan dari VICTON.

  • 16 Episod
  • Genre : Drama Bersejarah
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 4 Ogos 2021, ditayangkan setiap Rabu dan Khamis
  • Watak Utama
    • Park Eun Bin sebagai Lee Hwi
    • Rowoon dari SF9 sebagai Jung Ji Woon
    • Nam Yoon Su sebagai Lee Hyun
  • Watak Pembantu
    • Byungchan dari VICTON sebagai Kim Ga On

 

Devil Judge

Devil Judge merupakan sebuah drama undang-undang yang difokuskan pada ketua hakim perbicaraan Kang Yohan yang dimainkan oleh pelakon Jisung, yang menghukum penjenayah dengan kejam dan dengan banyak bakat sehingga dia dianggap sebagai “Devil Judge.” Dia sering bertentangan dengan pesaingnya, Jung Sunah, pengarah eksekutif yayasan tanggungjawab sosial korporat yang dimainkan oleh Kim Minjung. Jinyoung dari GOT7 akan memainkan watak hakim perbicaraan bersekutu yang baharu, Kang Gaon yang belajar daripada Kang Yohan.

  • 16 Episod
  • Genre : Detektif, Jenayah, Misteri
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 3 Julai 2021, ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad
  • Watak Utama
    • Jisung sebagai Kang Yohan
    • Kim Minjung sebagai Jung Sunah
    • Jinyoung dari GOT7 sebagai Kang Gaon
    • Park Gyu Young sebagai Yoon Soohyun
  • Watak Pembantu
    • Kim Jaekyung dari Rainbow sebagai Woo Baeseok

 

Police Classes

Police Classes akan berpusat pada pelajar-pelajar kolej di sebuah universiti polis. Jinyoung daripada B1A4 akan berlakon sebagai watak utama Kang Sunho, seorang bekas penjenayah siber yang mendapati dirinya sebagai pelajar tahun pertama di akademi tersebut. Krystal dari bekas kumpulan wanita f(x) akan memainkan Oh Kang Hee, juga pelajar tahun pertama yang memiliki kod moral yang kuat. Watak pembantu juga akan menampilkan Yoo Youngjae dari kumpulan lelaki sebelumnya B.A.P.

  • 16 Episod
  • Genre : Remaja, Romantik Komedi, Drama
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 26 Julai 2021, akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa
  • Watak Utama
    • Cha Taehyun sebagai Yoo Dongman
    • Jung Jinyoung dari B1A4 sebagai Kang Sunho
    • Jung Krystal sebagai Oh Kang Hee
  • Watak Pembantu
    • Yoo Youngjae sebagai Jo Joonwok

 

Now, We Are Breaking Up

Now, We Are Breaking Up ialah drama romantik yang berkisar pada watak Song Hyekyo iaitu Ha Yeongeun, seorang ketua pasukan di jabatan reka bentuk untuk syarikat fesyen bergaya, The One. Dia berjumpa dengan Yoon Jaegook, seorang jurugambar bebas yang kaya, dimainkan oleh Jang Kiyoung. Sehun dari EXO akan berlakon sebagai pekerja baharu yang sebenarnya anak lelaki chaebol seorang CEO dan adik kepada Hwang Chisook. Yura dari Girl’s Day akan berperanan sebagai bintang selebriti terkenal dengan ramai pengikut di dalam talian.

  • 16 Episod
  • Genre : Percintaan
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : Bulan November 2021
  • Watak Utama
    • Song Hyekyo sebagai Ha Yeongeun
    • Jang Kiyong sebagai Yoon Jaegook
    • Choi Heeseo sebagai Hwang Chisook
    • Kim Hoojun sebagai Seok Dohoon
  • Watak Pembantu
    • Oh Sehun dari EXO sebagai Hwang Chihyung
    • Yura dari Girl’s Day sebagai Hyerin

 

Blue Birthday

Blue Birthday merupakan drama web fantasi oleh Playlist Live yang menampilkan Yeri dari Red Velvet sebagai Oh Harin dan Hongseok dari PENTAGON sebagai Ji Seojun yang kompleks. 10 tahun yang lepas Harin akhirnya membina keberanian untuk meluahkan perasaannya kepada cinta pertamanya, Seojun pada hari ulang tahunnya. Malangnya dia mengambil nyawanya sendiri sebelum dia mendapat peluang. Ia akan mengikuti Harin yang menemui kemampuan untuk perjalanan masa disebabkan sebuah gambar aneh yang ditinggalkan oleh Seojun.

  • 12 Episod
  • Genre : Fantasi, Sekolah, Drama, Percintaan
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : Separuh kedua tahun 2021
  • Watak Utama
    • Yeri dari Red Velvet sebagai Oh Harin
    • Yang Hongseok dari PENTAGON sebagai Ji Seojun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 플레이리스트 (@playlist_studio)

 

Yumi’s Cells

Yumi’s Cells merupakan drama adaptasi daripada webtoon yang berkongsi nama sama yang akan datang. Yumi adalah seorang pekerja pejabat biasa yang mengambil kesenangan daripada kebiasaan di dalam kehidupan seharian, dan kisahnya diceritakan daripada perspektif banyak sel yang menempati otaknya yang mengawal setiap fikiran dan tindakannya. Minho dari SHINee dan Jinyoung dari GOT7 adalah dua watak ahli yang akan memainkan peranan di dalam kisah Yumi.

  • 16 Episod
  • Genre : Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : 25 Ogos 2021
  • Watak Utama
    • Kim Goeun sebagai Kim Yumi
    • Ahn Bohyun sebagai Ku Woong
  • Watak Pembantu
    • Choi Minho dari SHINee sebagai Wook
    • Park Jinyoung dari GOT7 sebagai Yoo Babi

 

Snowdrop

Snowdrop adalah sebuah drama romantik sindiran yang mengikut kisah watak Jisoo dari BLACKPINK dan pelajar siswazah Im Sooho yang dimainkan oleh Jung Haein. Ditetapkan semasa Pemberontakan Demokratik pada Jun 1987 – yang membentuk sistem pemerintahan moden Korea Selatan – watak Jisoo akan menyembunyikan Im Sooho daripada bahaya di dalam asrama wanita sahajanya. Walaupun terdapat kontroversi tentang plot drama JTBC ini, syarikat penyiaran di belakang produksi telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia tidak akan salah menggambarkan peristiwa atau tokoh-tokoh sejarah.

  • 20 Episod
  • Genre : Sindiran, Romantik Komedi, Politik
  • Jangkaan Tarikh Pelancaaran : Separuh kedua tahun 2021
  • Watak Utama
    • Jung Haein sebagai Im Sooho
    • Kim Jisoo sebagai N/A (tidak diketahui)
    • Yoo In Na sebagai Kang Chungya
    • Jang Seungjo sebagai Lee Kang Moo
    • Yoon Se Ah sebagai Pi Seunghee

 

So Not Worth It

Sitkom Netflix yang akan datang So Not Worth It akan memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar pelbagai budaya antarabangsa dan kehidupan seharian mereka yang tinggal di asrama kolej. Park Sewan berperanan sebagai Sewan, pembantu pengajar yang bertugas di asrama tersebut. Youngjae dari GOT7 akan berlakon sebagai salah satu pelajar yang tinggal di asrama Sam, seorang pelajar Korea-Australia. Juga penduduk asrama Minnie, watak Minnie dari (G)I-DLE, adalah seorang pelajar Thai yang suka menonton drama Korea.

  • Jumlah episod tidak diketahui
  • Genre : Sitkom, Remaja, Persahabatan, Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : Separuh kedua tahun 2021
  • Watak Utama
    • Park Sewan sebagai Sewan
    • Choi Youngjae dari GOT7 sebagai Sam
    • Minnie dari (G)I-DLE sebagai Minnie
    • Han Hyun Min sebagai Hyun Min
    • Shin Hyunseung sebagai Jamie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

 

School 2021

School 2021 merupakan siri School yang paling baharu diberitahu mengikuti School 2017 dan mengikut kisah yang dikhaskan tentang pelajar sekolah menengah tinggi dan kehidupan mereka. Kim Yohan dari WEi dan bekas kumpulan K-pop X1 memainkan peranan utama. Drama ini akan mengikut kehidupan pelajar-pelajar sekolah menengah tinggi ini, meneroka tema-tema seperti cinta, persahabatan, dan membesar, dan akan ditayangkan pada bulan Ogos 2021

  • 32 Episod
  • Genre : Remaja, Sekolah, Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : Bulan Ogos 2021
  • Watak Utama
    • Yohan dari WEi dan X1 sebagai Joo Dobin

 

I Will Be Your Night

I Will Be Your Night merupakan satu lagi romantik komedi yang akan datang berpusat pada idol. Tae In adalah seorang idol dari kumpulan fiksyen LUNA, yang menderita daripada tidur berjalan pada waktu malam dan melalui serangkaian peristiwa seorang doktor palsu berpindah ke asrama kumpulannya untuk merawatnya. Watak-watak utamanya masih tidak disahkan tetapi JR dari NU’EST, Yoon Jisung dari bekas kumpulan lelaki Wanna One dan Kim DOnghyun dari AB6IX disahkan akan menjadi watak pembantu sebagai ahli LUNA.

  • Jumlah episod tidak diketahui
  • Genre : Muzik, Romantik Komedi
  • Jangkaan Tarikh Pelancaran : Separuh kedua tahun 2021
  • Watak Utama
    • Tidak diketahui
  • Watak Pembantu
  • JR dari NU’EST sebagai Lee Shin
  • Yoon Jisung sebagai Kim Yoo Chan
  • Kim Donghyun dari AB6IX sebagai Gaon

 

Mahukan lebih banyak lagi kandungan tentang drama Korea? Ketahui wanita-wanita yang bekerja di sebalik drama-drama Korea kegemaran anda disini!