Diterjemahkan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY_

Interaksi parasosial adalah suatu fenomena di mana hubungan sebelah pihak terbentuk apabila seseorang memperluaskan tenaga emosi, minat dan masa terhadap keperibadian media, walaupun keperibadian itu tidak menyedari kewujudan seseorang itu.

Sesiapa sahaja yang mengidentifikasikan diri mereka sebagai seorang peminat keperibadian media berada di dalam hubungan parasosial, di mana minat mereka bermula dari fanart, hingga acara yang dihoskan oleh peminat – seperti cup sleeve – untuk selebriti kegemaran mereka. Hubungan ini boleh sama ada memberikan manfaat atau kemudaratan kepada kehidupan kedua-dua peminat dan artis, kerana batas-batas merbahaya dilintasi.

Terdapat tiga tahap untuk hubungan parasosial, dan semakin maju progres peminat ke setiap tahap, semakin kuat hubungan di antara idola dan peminat. Tiga tahap tersebut adalah hiburan-sosial, kekuatan-peribadi, dan sempadan-patologi. Dengan tahap pertama yang wujud untuk hiburan, tahap kedua bermulanya menjalin hubungan yang penuh emosi, sedangkan tahap terakhir adalah di mana peminat terlalu dikenali oleh selebriti hingga di tahap “fantasi” mereka telah menjadi tingkah laku yang tidak terkawal.

DI dalam industri K-Pop, syarikat-syarikat hiburan Korea telah membangunkan sebuah struktur di mana hubungan istimewa terbentuk di antara para idola dan peminat-peminat mereka, tanpa ada satu pun pihak yang mengenali antara satu sama lain di dalam kehidupan nyata. Strukturnya : pembangunan pendedahan, tarikan secara fizikal, tarikan secara tugas (pengundian, streaming), dan tarikan sosial, semua menyumbang kepada dan meningkatkan hubungan.

 (Rubin & McHugh, 1987)
Path analysis of mediated attraction (Rubin & McHugh, 1987)

Pendedahan momen-momen peribadi dan perjuangan para idola bagi semua peminat untuk melihat perasaan cinta dan pemahaman terhadap mereka, yang kemudiannya membawa kepada interaksi sosial yang sentiasa diinginkan oleh para peminat. Akhirnya, ikatan istimewa ini telah membawa kepada kewujudan hubungan parasosial.

Industri K-Pop telah berubah sepanjang beberapa dekad. Semasa gelombang Hallyu dipelopori, kumpulan-kumpulan dipromosikan secara berbeza, penonjolan adalah sekitar misteri idola tanpa banyak perhatian daripada para peminat. Maju ke generasi idola masa kini, syarikat-syarikat mula untuk menukar dan mencipta pelbagai cara untuk mempromosikan idola mereka, dengan menggunakan media untuk keuntungan mereka.

Syarikat-syarikat hiburan ini banyak memanfaatkan hubungan parasosial yang mereka telah aktifkan. Melalui pembuatan idola-idola mereka, mereka telah mewujudkan rasa setia dalam para peminat untuk mengembangkan lagi fanbase, sambil memastikan interaksi. Pencurahan kandungan berkaitan idola yang berterusan, bermula dari pelbagai comeback dalam setahun hingga ke rakaman konsert yang dikeluarkan di dalam DVD, semuanya menjadi faktor dalam membangunkan struktur hubungan parasosial.

Akibat daripada pemasaran idola sebagai komoditi, ia membolehkan para peminat untuk melintasi batas-batas yang sepatutnya bermaksud untuk melindungi kedua-dua pihak, dan hubungan itu menjadi kabur. Syarikat-syarikat menjual kandungan di mana para idola menunjukkan sedikit keadaan normal, dan peminat melabur ke dalamnya kerana ianya memberi mereka perasaan relatabiliti. 

Kai H, seorang pelajar siswazah yang melanjutkan ijazah sarjana dalam pengajian Asia Timur – yang penyelidikannya termasuklah mempelajari Korea dan Kemanusiaan Digital, serta dengan melengkapkan tesis siswazahnya tentang Hubungan Parasosial dalam K-Pop – telah melihat peralihan dalam industri itu sejak dia pertama kali menjadi seorang peminat pada tahun 2007. “Penyumbang yang berbeza bukanlah bahawa idola meletakkan sesuatu di sosial media dan semacam itu – telah berlaku untuk selama bertahun-tahun. Pada pendapat peribadi saya, apa yang “melontarkan baldi penuh gasolin kepada api” adalah VLIVE,” kata Kai. “Ia membuang masa antara kandungan yang dibuat dan kandungan yang dimuat naik. Ia membuang halangan bahasa (language barrier), ia memerlukan tenaga kerja daripada peminat yang merupakan penterjemah. Ia membuat kandungan sangat mudah untuk dicari dan ditonton.”

Tanggapan bahawa salah satu daripada penyumbang terbesar kepada perubahan ini adalah Vlive telah menjadi penting kerana ia merupakan bentuk interaksi sosial yang lain. Ia memudahkan rasa tarikan sosial yang salah yang dicari oleh ramai (kebanyakannya orang asing) peminat tetapi tidak tercapai. “Membawa idola lebih dekat daripada sebelumnya, dan kerana sistem sari kata yang agak laju jika tidak hampir sebentar, tiada alasan untuk merasa terputus sebagai peminat,” luah Kai.

Syarikat-syarikat ini telah mengembangkan sebuah aplikasi berdasarkan langganan untuk memupuk idea interaksi sosial ini lebih jauh, dengan membenarkan para idola untuk menghantar “mesej-mesej yang diperibadikan” kepada para peminat seolah-olah mereka saling mengirim mesej kepada satu sama lain. Ianya menarik, kerana walaupun peminat tahu bahawa interaksi ini bukanlah benar-benar “timbal balik” atau “dua pihak” – kerana ianya dilakukan untuk mengekalkan kesetiaan – mereka masih mendapati diri mereka terlibat dengan kandungan, menghasilkan talian yang semakin memperkuatkan hubungan satu sisi itu.

Di sinilah di mana masalah mula timbul, apabila ikatan itu berkembang menjadi sebuah ikatan yang lagi kuat berdasarkan kebergantungan emosi peminat terhadap idola. Daripada idola menjadi sebuah bentuk keseronokan, idola digunakan sebagai sebuah bentuk pelarian daripada arus emosi dalam kehidupan mereka, dan lebih banyak masa yang dihabiskan dengan menonton kandungan itu, semakin mendalam ikatan tersebut akan terjadi.

Sebaik sahaja ikatan ini tidak boleh diubah, hubungan itu berada di ambang perkembangan ke tahap patologi, dengan beberapa peminat mengambilnya ke tahap yang melampau dan mengalami tingkah laku yang tidak terkawal. Kemasukan kandungan berterusan yang tersedia untuk para peminat tidak memberi mereka satu peluang pun untuk melangkah keluar daripada kehidupan fandom, sebaliknya, ia menciptakan sebuah ruang bagi mereka untuk memasuki dalam sempadan tahap patologi, membentuk jenis peminat yang lain: sasaengs.

Kelahiran sasaengs adalah hasil sampingan dari ketidakmampuan untuk mengawal emosi mereka yang kuat, dan masuk ke dalam pesona yang terlalu obsesif. Menipu diri mereka dengan berfikir bahawa kerana mereka melaburkan masa dan wang, mereka mempunyai hak untuk masuk campur dalam kehidupan idola. Sasaengs telah selalu menjadi masalah yang wujud, namun ianya tidak menghentikan mereka daripada mencari idola di asrama / tempat tinggal mereka, mengerumuni mereka di lapangan terbang, atau mengikuti mereka semasa jadual rasmi atau tidak rasmi mereka. Mereka mengambil jalan ke sempadan tindakan jenayah ini kerana mereka mempunyai keinginan untuk dikenali oleh para idola dan menonjol daripada orang lain dalam fandom itu.

Salah satu daripada isu terbesar yang berkaitan dengan sasaeng ialah tingkah laku posesif mereka dengan idola dan keinginan untuk mengawal setiap bahagian dalam kehidupan idola, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehidupan cinta idola. Apabila kehidupan bercinta idola tersebar di media, sasaengs akan trend hashtags menginginkan mereka untuk meninggalkan kumpulan mereka dan beralih kepada menyerang mereka secara agresif di SNS, sehingga ke tahap mereka dipaksa untuk menulis surat memohon maaf kepada peminat-peminat mereka. Ini benar-benar membingungkan, idea bahawa seseorang dikutuk oleh mereka yang mengaku menyokong mereka hanya kerana mereka telah menjumpai cinta.

Syarikat sendiri bertanggung jawab untuk mengaktifkan kelakuan ini, kerana mereka telah mempromosikan fantasi “teman lelaki / teman perempuan” sejak aruhan K-Pop. Idea bahawa idola mempunyai “ikatan istimewa” dengan peminat-peminat mereka telah menyebabkan khayalan yang tidak terkawal ini untuk nyata, yang bukan sahaja akan membahayakan peminat untuk mempercayainya untuk menjadi nyata, tetapi juga mendatangkan bahaya kepada idola kerana serangan yang luar biasa. 

Walaupun langkah-langkah diambil terhadap mereka, sasaengs terus wujud di dalam industri tersebut. Disebabkan oleh kuasa yang besar idola punyai terhadap fandom mereka, peminat selalu merindukan kemas kini berterusan mengenai semua yang berada di sekitar idola mereka – sama ada ianya daripada sumber yang rasmi atau bukan rasmi. Mengetahui hal ini, sasaengs menggunakan ikatan tersebut dan memanfaatkannya untuk faedah mereka sendiri, memberikan peminat apa yang mereka anggap sebagai kandungan eksklusif – hanya tersedia melalui mereka, yang kadang-kadang boleh menghasilkan keuntungan wang untuk mereka.

Meskipun banyak negativiti di sekitarnya, hubungan parasosial dalam industri K-Pop akan terus berkembang kerana idola akan selalu memberikan sumber kebahagiaan kepada para peminat yang mempercayai hubungan antara mereka. Oleh itu, orang-orang yang rapat dengan peminat perlu melakukan yang terbaik dalam memastikan batas-batas yang telah ditetapkan yang akan menghalang mereka daripada menjadi terlalu bergantung secara emosi kepada idola, dan sebaliknya bergantung kepada orang-orang di sekitar mereka untuk sokongan. Mewujudkan ruang selamat di mana para peminat boleh berbincang isu-isu penting bagi mereka, menjamin bahawa hubungan dengan idola ini kekal di tahap sosial-hiburan, dan tidak tergelincir ke tahap yang akan menjadi memudaratkan kepada kedua-dua idola dan peminat.

Sumber:
W. (2020, February 18th). Parasocial Relationships : The Nature of Celebrity Fascinations –. Find a Psychologist. https://www.findapsychologist.org/parasocial-relationships-the-nature-of-celebrity-fascinations/#:%7E:text=Parasocial%20relationships%20are%20one%2Dsided,sports%20teams

Choi, A. (2017). The parasocial phenomenon. NOVA. pbs.org/wgbh/nova/article/parasocial-relationships.

Groszman, R. (2020). Revisiting parasocial theory in fan studies: Pathological or (path) illogical?. Transformative Works and Cultures, 34.

Kurtin, K. S., O’Brien, N., Roy, D., & Dam, L. (2018). The development of parasocial interaction relationships on YouTube. The Journal of Social Media in Society, 7(1), 233-252.

Pastikan anda melihat artikel kami tentang artis berasaskan Atlanta, Alan Z, disini!