Disediakan oleh Team EnVi | @ncity_mag

Diterjemahkan oleh Aimi Atifah | @heocaroons

 

Ianya hampir tidak merasa bahawa EXO sudah bersama untuk sembilan tahun. Mereka telah menang bersama, kalah bersama, dan terus berada untuk satu sama lain melalui semua rollercoaster dan ketidaktentuan menjalani kehidupan dibawah sorotan. Mereka adalah saudara seumur hidup dan telah menunjukkannya lebih banyak kali daripada yang kita dapat kira. Untuk memperingati masa mereka bersama, Team EnVi telah mengumpulkan senarai lagu-lagu EXO kegemaran kami yang mewakili setiap ahli dengan bagus dan kualiti yang membuatkan mereka istimewa. Daripada tenaga menggembirakan Chanyeol dan Baekhyun sehingga bakat kepimpinan Suho yang luar biasa dan hatinya yang baik, semua tentang EXO membuatkan mereka hanya satu jenis dan industri ini sangat beruntung untuk memiliki mereka.

 

Suho

  • Suho ー “Let’s Love” : Dengan EP pertamanya, Suho membincangkan tentang ikatannya dengan ahli-ahli EXO dan EXO-L, serta minat dan pengalamannya sebagai seorang ketua di dalam lirik tersebut. Self-Portrait adalah sebuah album yang sangat peribadi, dan anda dapat rasakan betapa banyaknya cinta yang Suho letakkan di alam setiap lagu.
  • EXO ー “Oasis” : Vokalnya paling menonjol di dalam persembahan “Oasis”, ianya sebuah lagu yang sesuai untuk cahaya dan nada ajaib suaranya. Kedua-duanya dia dan lagu itu membawa para pendengar ke tempat-tempat yang tidak dapat dijangkau sebaliknya.

  • “The Man Who Laughs” : Peranan utamanya di dalam The Man Who Laughs mengejutkan kedua-dua dunia K-pop dan teater. Vokal kuat dan lakonan bersemangatnya meyakinkan potensinya sebagai seorang penyanyi solo dan seorang pelakon secara keseluruhan.

 

Baekhyun

  • EXO ー “Lucky” : Lucky meluahkan kedua-dua karisma Baekhyun yang menggembirakan dan cintanya yang sangat besar untuk EXO-Ls.
  • EXO ー “Unfair” : Sepanjang pentas yang menyeronokkan ini, Baekhyun terjebak di dalam pelbagai jenis shenanigans dengan ahli-ahlinya. Namun, penyanyi sejati tidak pernah ketinggalan satu nota pun.
  • BAEKHYUN ー “Bambi” : Album terbarunya menunjukkan berapa banyak dia telah berkembang sebagai seorang artis dan orang sepanjang kerjayanya, menunjukkkan sisinya yang lebih matang dan menggoda.

 

Chen

  • EXO-CBX ー “Ka-CHING” : Setiap kali Chen melakukan persembahan bersama Baekhyun dan Xiumin di dalam subunit pertama mereka, ianya adalah pesta segera bagi semua orang. Tetapi dengan “Ka-CHING” khususnya, ianya mudah untuk mengatakan bahawa dia menikmati keseronokan dan kegembiraan yang datang dengan nyanyian bersama teman-teman baiknya sebagai satu trio rasmi.
  • EXO ー  “She’s Dreaming” : Di dalam satu malam, dia menulis lirik yang menyampaikan nada-nada suaranya yang menenangkan dan romantis dengan sempurna.

  • EXO-CBX ー  “Watch Out” : Chen terkenal dengan baladanya yang menenangkan, tetapi persembahan solonya di “Watch Out” menunjukkan sisi baru untuk bakatnya.

 

Xiumin

  • EXO ー  “24/7” : Xiumin digelar pari-pari EXO dengan alasan, dan “24/7” sangat sesuai dengan auranya yang mempesona dan lembut.
  • Beatburger Project x Xiumin ー  “Beyond” : Persembahan “Beyond” tersebut bertujuan untuk mengingatkan dunia tentang betapa lengkapnya Xiumin sebagai seorang pelakon: semua kemampuannya dalam menari, menyanyi dan rap.
  • XIUMIN ft. MARK ー  “Young & Free” : Lagu ini mengingatkan kita bahawa, walaupun Xiumin kini memasuki usia 30-an, dia masih dipenuhi dengan usia muda dan keceriaan.

 

Chanyeol

  • EXO ー “Power” : Menyeronokkan dan penuh dengan tenaga, sama seperti ‘happy virus’ EXO.

  • EXO ー “Wait” : Kita semua sudah biasa dengan rap hebat Chanyeol, tetapi “Wait” membawa keluar sisi suaranya yang tidak biasa kita dapat dengar. Ini menunjukkan kedua-dua bakatnya yang kurang diketahui untuk menyanyi dan kemampuannya dengan gitar.
  • EXO ー  “Playboy” : Sudah jelas Chanyeol dan Chen menikmati pasukan “Playboy” mereka sedikit terlalu banyak dengan jumlah keseksian yang keluar daripada mereka berdua. Ini adalah persahabatan zon-bahaya.

 

Kai

  • EXO ー  “Jekyll” : Lagu ini sesuai dengan karisma misteri dan sensual Kai di atas pentas, ianya lembut tetapi hebat.
  • Kai “Love Shot” Intro SBS (solo) : Kai memang dilahirkan sebagai seorang pelakon. Kehadirannya di atas pentas dan kawalan pergerakannya serta ekspresinya membuatnya bersinar di mana-mana pentas. Keyakinan yang dipancarkan olehnya semasa membuat persembahan adalah sangat menarik.

  • Kai ー “Reason” : Kai tidak diragukan lagi, adalah seorang pelakon yang kuat, tetapi lagu ini menunjukkan sisi lainnya. Dia memberikan tenaga yang santai, tenang dan yakin semasa pentas ini untuk persembahan Siaran Langsung SMTOWN. Lagu ini lembut dan matang, dan dia memamerkannya di dalam persembahannya.

 

Lay

  • LAY ー “‘莲 (Lit)’” : Kedua-dua lagu dan video muziknya adalah luar biasa dan menunjukkan betapa banyak kerja keras yang Lay lakukan di dalam projek-projeknya. Dia merupakan seorang pengarah, penerbit, pelakon terkemuka, komposer, penulis lirik, dan koreografer!
  • LAY ー “What U Need” : Walaupun dia telah membina dirinya sebagai seorang penyanyi solo yang kuat selama bertahun-tahun, ada sisi menawan dan suka bermainnya yang kita tidak dapat lupakan. “What U Need” adalah salah satu daripada projek pertamanya untuk kerjaya solonya yang kini luas dan berjaya yang diharapkan untuk terus berkembang.
  • EXO ー  “Promise” :  Walaupun dia telah lama berada jauh daripada EXO, dia sentiasa mengingatkan kita bahawa dia akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga EXO. “Promise,” liriknya yang dia sumbangkan melalui penulisan, mewakili kesatuan yang tidak dapat dipecahkan yang dia ada dengan kedua-dua, para peminat dan para ahli.

 

D.O.

  • EXO ー “Ooh La La La” : Karisma elegan dan suara lembut D.O paling menyerlah di dalam persembahan “Ooh La La La”
  • EXO ー  “What Is Love” : D.O telah menyajikan vokal yang luar daripada dunia ini sebelum dia memulakan debutnya lagi. Bersama dengan Baekhyun, mereka berdua menunjukkan bahawa vokalis-vokalis EXO tidak dapat ditangani.
  • D.O. ー  “That’s okay” : Sebelum pergi ke perkhidmatan tentera, D.O meninggalkan para peminat dengan lagu yang menyayat hati ini. Dengan vokalnya yang memikat, ramai idol menyukai lagu tersebut juga.

 

Sehun

  • EXO SC ー “On Me” : Tenaga Sehun di dalam lagu solonya daripada 1 Billion Views adalah hebat, dia berada di dalam elemennya, tariannya hebat, dan dia merasakan dirinya sendiri. Malah dia mempunyai Vivi di dalam video itu!
  • EXO ー “Artificial Love” : Sehun bersinar di dalam persembahan ini. Dia terlihat yakin dan fokus, dan tenaganya menyerlah. Penggunaan alat bantuan juga sangat baik.
  • EXO ー “Lotto” : Semuanya tentang ini adalah luar biasa. Dia terlihat seperti satu juta dolar dan menjual konsep itu. Dia laburkan sepenuhnya dan memastikan semua orang mengetahuinya!

 

Sekiranya anda terlepas, baca semua tentang keluaran terbaru Chanyeol dengan “Tomorrow!”