Ditulis oleh : Aurora Rose Carpio | @heyaurorarose

Diterjemahkan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY_

Satu perkara yang seorang peminat K-Pop perlu pelajari ialah untuk mengendalikan perbelanjaan mereka (terutamanya jika anda adalah seorang multi!). Dari dulu hingga sekarang, kumpulan-kumpulan tersebut akan mempunyai kemunculan semula (comeback) mereka dan barang-barang (merchandise) baharu dimana bermaksud perbelanjaan kepada kita, para peminat. Jangan lupa juga pada koleksi-koleksi photocard yang kian bertambah. Ianya adalah sangat susah untuk menjadi seorang peminat K-Pop tanpa simpanan. 2021 ini, galakkan diri anda untuk menjadi bijak dalam membelanjakan duit yang dihasilkan dan menjadi pembelanja yang bertanggungjawab. Disini adalah beberapa petua untuk bagaimana kita boleh kendalikan duit kita sendiri.

1. Tahu perbezaan antara keperluan dan kemahuan anda.

Ini penting dan asas apabila anda menguruskan wang anda sendiri. Ianya penting kerana bagaimana anda akan melihat perbelanjaan-perbelanjaan ini akan bergantung kepada situasi anda. Anda mungkin akan kata yang photocard bias anda adalah satu KEPERLUAN tetapi bagi orang lain, ianya hanyalah satu KEMAHUAN. Ianya asas kerana di sinilah permulaan perbelanjaan pintar anda bermula. Untuk membantu anda mengelaskan perbezaan antara kedua itu, sentiasa bertanya kepada diri anda sendiri : Adakah barang ini berguna untuk saya dalam jangka masa panjang? Pastikan yang barang-barang ini hanyalah praktikal dan tidak hanya memberikan anda kepuasan emosi. Ingatlah bahawa barang-barang yang anda hanya mahukan tidak akan memberi anda kepuasan yang sama setelah beberapa bulan. Tetapi, barang-barang yang anda perlukan akan kekal berguna walaupun sudah sekian lama.

2. Buat peraturan 50:40:10.

Ini adalah peraturan peribadi yang telah menjadi sangat efektif buat saya. Saya mencadangkan ini kepada semua orang terutamanya kepada golongan pekerja yang mempunyai aliran wang masuk bulanan. Perkadaran tersebut bermaksud 50% untuk perbelanjaan, 40% untuk pelaburan / simpanan, dan 10% untuk perbelanjaan mewah. Separuh daripada gaji anda akan diperuntukkan untuk perbelanjaan bulanan anda (seperti bil elektrik, bil air, sewa rumah, makanan dan lain-lain). Dengan mengambil kira bahawa anda telah menghitung berapa banyak yang biasanya anda belanjakan untuk komoditi ini. Hanya 10% akan diperuntukkan untuk barang-barang yang anda selalunya tidak beli – kemahuan anda. Mengehadkan dan membuat perkadaran pendapatan anda boleh menjadi membantu dalam penyimpanan wang kerana anda tidak akan belanja lebih daripada bajet yang telah diperuntukkan.

3. Belajar bagaimana untuk mengendalikan wang.

Ms. Emelyn, seorang Akauntan Awam Bertauliah selama 10 tahun dan pemilik sebuah kedai K-Pop yang dipanggil NUNUNANA, menyebut dalam temu bual eksklusif yang anda harus membelanjakan hanya lebihan daripada bajet wang anda. “Belanja hanya apa yang anda dapat.” Elakkan daripada menggunakan kad kredit ataupun duit yang masih belum ada di tangan anda kerana ianya akan mendorong kepada perbelanjaan secara berlebihan. Sebagai contoh, anda menjangkakan bahawa anda akan dapat gaji anda dalam beberapa hari lagi, jadi anda memutuskan yang anda boleh pre-order barang (merchandise) dan bayar untuknya kemudian. Sebaik sahaja anda menerima gaji anda, anda mungkin akan kekurangan wang disebabkan anda belum bayar lagi dari bulan lepas. Ini adalah satu petanda buruk dalam menguruskan wang dan akhirnya akan menyebabkan hutang.

4. Tahu nilai barang-barang anda.

Ketika melabur, pakar perakaunan kita mengingatkan kita yang, “Pada penghujung hari, semua akan menyusut nilai. Jadi, jika anda ingin membuat pelaburan dalam koleksi anda, anda mungkin ingin menjualnya semula setelah 1 hingga 2 tahun tetapi jika anda bercadang untuk menyimpannya dengan anda, jangan membeli terlalu banyak.” Satu lagi petua yang bagus daripada satu temubual bersama Ms. Regine, seorang lulusan pemasaran dan pemilik NCT 296 PH Kpop Shop, adalah yang ianya akan jadi terbaik untuk melihat harga barangan paling terutama sekali semasa musim diskaun, seperti penjualan akhir tahun. “Sekiranya mereka mempunyai bajet yang cukup untuk penjualan akhir tahun itu, maka belilah (pada masa itu) memandangkan stok tidak selalunya akan ada dan tersedia dan mereka mungkin akan kehilangan peluang untuk membeli barangan (merchandises) yang mereka mahu.” Jadi sentiasa perhatikan harga barangan anda!

5. Buat senarai bagi perbelanjaan anda.

Menggunakan buku nota kosong atau fail excel, anda sepatutnya mengesan perbelanjaan anda. Ini adalah cara yang baik untuk melihat berapa banyak yang anda tinggal dalam bajet anda dan jika anda mempunyai pesanan belum selesai yang anda belum bayar, anda hanya perlu konsisten dan teratur mengenainya.

6. Mempunyai tempat penyimpanan yang berlainan.

Jika anda mempunyai masalah untuk mengikut bajet anda kerana anda sentiasa terlebih berbelanja apa yang berada di tangan anda, ini mungkin adalah petua yang sempurna bagi anda. Untuk duit yang berada di tangan, anda mungkin mempunyai sampul yang berlainan untuk bahagian-bahagian yang berbeza dari bajet anda. Ini akan membantu untuk mengawal apa yang anda belanjakan kerana anda akan hanya menggunakan duit yang anda nampak sahaja. Ini lebih terbaik jika anda mempunyai akaun bank yang berlainan untuk perbelanjaan dan simpanan anda. Apabila akaun perbelanjaan anda telah mencapai 0 baki, ianya adalah satu petunjuk bahawa anda perlu berhenti berbelanja dan anda tidak boleh mengambil wang yang tinggal daripada akaun simpanan anda.

7. Kaedah berhenti seketika dan berfikir.

Apabila ada photocard bias kita yang baharu, kita selalu merasakan yang kita perlu dapatkannya di tangan kita secepat yang kita mampu. Ianya normal untuk berasa teruja tetapi apabila anda ingin mengembangkan tabiat perbelanjaan yang baik, anda harus berhenti seketika dan berfikir. Pembelian secara impulsif adalah salah satu sebab kenapa kita berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu. Sering kali, harga pasaran photocard akan menurun beberapa bulan setelah pengeluarannya. Oleh demikian, ianya adalah penting untuk memberi diri anda masa untuk berfikir jika anda hendak membeli sesuatu yang anda mahukan. Jika lebih daripada 10 hari telah berlalu dan keterujaan anda terhadap barangan tersebut sudah hilang, ianya adalah sebab yang bagus untuk anda tidak beli barangan itu. Belajar untuk menunggu.

8. Petua berbelanja daripada sudut pandangan pemasaran.

Menurut temubual bersama Ms. Kristen, yang kini bekerja di dalam penjualan iklan, “Para pemasar adalah orang juga dan kebanyakan mereka akan memberitahu anda untuk mencari apa yang sesuai dengan anda. Jika anda fikir anda perlukan sesuatu, dapatkannya. Jelas bahawa saya ingin anda membelanjakan wang tetapi jika anda kehilangan sara hidup anda daripada berbelanja, maka anda tiada baiknya buat saya dan syarikat saya. Jika anda tidak boleh beli, maka tidak ada gunanya dalam mencuba memasarkan sesuatu kepada anda. Jangan sehingga tiada duit tetapi juga beli, beli, beli.” Ianya selalu memberi dan menerima (give and take) bagi penjual dan juga pembeli serta pakar pemasaran yang lain, Ms. Regine berkata, “Ianya adalah kerja pemasaran untuk menjual barangan, walaupun anda tidak memerlukannya. Kita harus menarik pelanggan.”

Pada penghujungnya, anda yang buat pilihan anda sendiri dan mengawal apa yang anda dapat tetapi mengembangkan tabiat berbelanja yang baik sangat berguna kerana wang sepatutnya perlu dibelanjakan. Sebagai peminat, terdapat cara-cara lain untuk kita menyokong artis-artis kegemaran kita selain daripada menghabiskan banyak wang untuk membeli album-album dan barangan (merchandise) mereka. Lagipun, segala koleksi-koleksi ini hanyalah kemewahan yang tidak semua orang mampu kerana keperluan asas sentiasa diutamakan terlebih dahulu. Jadi, jangan tertekan jika anda tidak memiliki photocard bias anda dengan anda dan jika anda salah seorang daripada pengumpul, nikmati proses pengumpulan tersebut kerana tiada apa pun di dunia ini yang boleh membeli kenangan yang ada bersama koleksi anda.

Selesai memutuskan barangan (merchandise) NCT yang mana satu anda harus beli? Kami telah menampilkan beberapa akaun jualan yang diuruskan oleh NCTzens dalam Pengiklanan (Advertising) disini.