Ditulis oleh : Heather | @jaehyuniepot

Terjemahan oleh : Yuni | @SUNFLWRSY_

 

Kami kembali lagi dengan beberapa lagi cadangan oleh pencipta trend kita! Salah satu daripada bahagian yang paling menarik tentang NCT ialah bagaimana mereka berusaha untuk mempunyai hubungan yang lebih peribadi dengan para peminat dalam apa-apa cara sekalipun. Inilah sebabnya ia terasa sungguh seperti kita sudah lama berkawan dengan sebanyak mana mereka cuba untuk berkongsi minat mereka. Setelah tahun yang sukar, mari bermula dengan nada tinggi: gaya NCT, dan menikmati pelbagai buku, filem dan rancangan untuk lepaskan fikiran kita daripada kekacauan.

 

  • Taeil 
    • Taeil, Yuta, Jaehyun, dan Jungwoo memberitahu bahawa mood seseorang ingin berada dalam semasa menonton filem adalah faktor penting yang perlu ditimbangkan semasa diminta untuk memberikan cadangan filem semasa VLIVE. Taeil mencadangkan filem yang sedih yang dia lihat semasa dalam kapal terbang, Wonder (2017) jika anda mahu nangis. Dia juga menyarankan Lump Of Sugar (2006), menjelaskan bahawa itu adalah filem lama mengenai seekor kuda dan menceritakan bahawa terharunya dia dengan kisah tersebut semasa dia kecil.
  • Johnny
    • Untuk temubual dengan Men’s NON-NO, Johnny menyebut bahawa dia telah dipengaruhi oleh filem-filem Amerika seperti 10 Things I Hate About You (1999), dan Dazed and Confused (1993). Dia menyatakan yang ia mengingatkan dia kepada masa-masa sederhana dan remeh semasa sekolah menengah. Setiap kali dia menonton filem-filem tersebut ia terasa seperti watak-watak itu sedang bercakap dengannya. Filem-filem itu membuat dia mengenang dan rindu akan saat-saat yang menyeronokkan pada hari-hari biasa di Chicago.
  • Yuta
    • Semasa masa yang diperuntukkan Yuta di NCT 127’s Relay Cam, dia mendedahkan bahawa dia telah membaca Parallel World Love Story oleh Higashino Keigo & Hitoshizuku Lion. Dia menyatakan bahawa dia mengambilnya dalam perjalanannya baru-baru ini ke Jepun semasa cuti perayaan Chuseok dan berfikiran bahawa ia mungkin akan jadi bacaan yang menarik. Dia mendemonstrasikan dengan duduk di atas sofa, bahawa cara terbaik untuk menikmati buku itu adalah dengan membacanya dengan posisi yang selesa. Walaupun dia hanya membaca beberapa halaman dalam vlog tersebut, dia menyatakan bahawa ianya sangat menarik.
  • Taeyong
    • Taeyong sangat menikmati filem biografi Bohemian Rhapsody (2018) sehinggakan dia memuat naik video dengan kapsyen “Gejala-gejala yang keluar selepas menonton Bohemian Rhapsody,” di Twitter. Dia diperlihatkan memimik perkataan popular “Ayo” oleh Freddie Mercury dimana Johnny membalas. Dia kemudiannya memuat naik tarian artistik lawak cover di Twitter dengan ahli lain Mark dan Haechan. Terinspirasi dari filem itu, mereka dengan penuh semangatnya menari dengan lagu “We Are The Champions” oleh Queen, membuat kapsyen video tersebut dengan “Gejala-gejala selepas menonton Bohemian Rhapsody Part 2.”

https://twitter.com/NCTsmtown_127/status/1064429220040892417?s=20

  • Kun
    • Dalam temubual dengan Weibo MNews, Kun menyebut satu adegan yang tidak dapat dilupakan daripada filem kegemarannya, Secret (2007). Ia termasuk watak Jay Chou memainkan piano lama untuk mengembara ke masa lalu – Kun amat menyukai adegan tersebut sehinggakan dia mengaku menontonnya lebih kurang lebih dari 20 kali. Dia meluahkan dalam pelbagai kesempatan rasa cintanya terhadap filem tersebut dan bahkan telah diperasan oleh idolanya Jay Chou semasa dia memuat naik cover piano pendek lagu tema filem tersebut di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KUN (@kun11xd)

  • Doyoung
    • Semasa siaran langsung Instagram, Doyoung menyebutkan bahawa baru-baru ini dia telah menonton sebuah rancangan realiti-pelbagai, Youn’s Stay (2021). Dia mendapati rancangan itu menarik dan menarik untuk ditonton, memanggil produser Na Youngseok seorang genius untuk mencipta format rancangan tersebut. Dia dengan berguraunya meminta peluang untuk bekerja bersama dengan PD terkenal itu dan mencipta rancangan pelbagai pertama yang menampilkan dirinya dan abangnya, Gongmyung.
  • Ten
    • Ten mencadangkan buku Around the World in 80 Days oleh Jules Verne sebagai seorang duta besar Love Library Charity. Dia mendakwa bahawa buku tersebut adalah sangat menarik untuk dibaca dengan plot mencabar dan menjelaskan bahawa ianya membuat dia merasa seperti dia sedang mengembara dunia dan ingin mengongsikan ini dengan para peminat.
  • Jaehyun
    • Semasa panggilan peminat secara maya, Jaehyun menerangkan proses pemikirannya disebalik sumbangannya terhadap lagu “Dancing in the Rain” – dia menyatakan bahawa menulis beberapa lirik itu tidak susah dan datang kepadanya dengan mudah. Dia telah mengambil inspirasi dari filem-filem seperti A Rainy Day in New York (2019) dan La La Land (2016) dimana watak-wataknya secara harfiahnya menari pada hari-hari hujan, ingin menimbulkan perasaan yang sama ke dalam lagunya.’

https://twitter.com/970214blossomjh/status/1320028627182862336?s=20

  • Winwin 
    • Winwin mencadangkan The Story of My Life oleh Helen Keller semasa masanya sebagai duta Love Library Charity. Dia menegaskan bahawa buku ini ialah buku yang seseorang sepatutnya baca sewaktu mereka masih muda. Sebagai autobiografi, ia mengikuti kehidupan Helen Keller yang pekak dan buta sejak lahir dan perjalanannya sangat hebat kerana dia bekerja keras untuk mencapai impiannya. Dia harap buku ini akan menjadi sumber baik motivasi bagi orang-orang lain untuk memenuhi impian mereka juga.
  • Jungwoo
    • Jungwoo telah menyatakan cintanya terhadap filem Disney The Incredibles (2004) beberapa kali. Dia telah memilih Incredibles sebagai superhero kegemarannya dalam video “Which NCT Member Are You? Quiz” untuk Buzzfeed, direspon dengan, “Keluarga ini. Sangat baik.” Dalam aplikasi Lysn dia memberitahu para peminat bahawa baru-baru ini dia telah menonton filem-filem lama seperti The Incredibles, mengagumi watak, kelajuan Dash. Jungwoo juga menerangkan yang dia menikmati animasi tersebut dan ia membenarkan dia tidur dengan lena selepas menontonnya. 
  • Lucas
    • Semasa panggilan peminat virtual WayV, Lucas ditanya kostum apakah yang dia akan pakai pada waktu Halloween, dan dia membalas yang dia hendak berpakaian sebagai Tanjiro, watak utama dalam anime Kimetsu No Yaiba (2019). Dia menjelaskan yang dia ingin mencubanya kerana dia mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan watak itu. Setia kepada kata-katanya, sewaktu promosi “Make A Wish (Birthday Song)” pada waktu Halloween, dia menari di atas pentas dengan berpakaian seperti pembunuh iblis (demon slayer) itu.

  • Mark
    • Dalam sebuah VLIVE merayakan Hari 127, salah satu daripada TMI Mark ialah dia selalu menikmati menonton filem bersama Jungwoo – mereka akan biasanya menghiburkan diri mereka dengan melakonkan dialog-dialog dari watak-watak tersebut. Dia menyebutkan bahawa baru-baru ini mereka telah menonton filem aksi Ashfall (2019) bersama dan dengan malu-malu meneruskan untuk meniru baris-baris ayat terkenal dengan desakan anggota lain.
  • Xiaojun
    • Untuk sebuah temu bual bersama Weibo MNews, Xiaojun memilih Us and Them (2018) sebagai filem kegemarannya. Dia memberitahu bahawa ia mempunyai adegan kegemarannya dimana watak-watak utama kemudiannya, bersatu semula setelah setelah masa yang jauh membuatkan mereka merenung ke atas cinta mereka. Sebagai seorang yang romantik, dia menjumpai baris “后来的我们什么都有了, 却没有了我们” (Diterjemahkan kepada “Masa hadapan kita mempunyai segalanya, kecuali satu sama lain.”) mengharukan, itulah sebabnya dia sangat menyukai filem tersebut.
  • Hendery
    • Setelah menunjukkan minat yang besar terhadap anime sebelum ini, Hendery mengongsikan sebuah gambar televisyennya dimana dia sedang menonton The Disastrous Life of Saiki K. (2016) pada kisah Instagramnya. Kemudiannya, dalam acara panggilan video, dia berkongsi dengan peminat bahawa ini adalah rancangan yang dia paling minati baru-baru ini. Dia juga memenuhi permintaan peminat dengan untuk memimik pose watak utama, Saiki K. dengan comel.
  • Renjun
    • Seorang pendengar Radio Akdong Seoul bertanya untuk nasihat kerana dia ingin mengubah jalan kerjayanya. Dalam kata-kata semangatnya, Renjun menyebutkan membaca Who Moved My Cheese? Oleh Spencer Johnson. Dia membawa naik nama buku itu untuk merujuk kepada tema buku itu bahawa kita harus sentiasa bersedia untuk maju dan berusaha untuk melangkah luar daripada zon keselesaan kita. Dia membandingkan orang kepada enjin kereta kerana setelah ia menyejuk, ia akan mengambil beberapa masa untuk panas semula. Untuk sentiasa menjadi hangat, seseorang mesti berpegangan dan maju ke hadapan.
  • Jeno
    • Dalam episod 3 “NCT DREAM Stay Under the Blanket”, Jeno dilihat mengambil buku Hermann Hesse Poems yang diterjemahkan oleh Song Young-taek semasa waktu rehat mereka. Walaupun bergurau dan menunjukkan bahawa dia akan menggunakan novel itu sebagai penutup untuk bermain telefon, dia kemudiannya menjadi tertarik dengan koleksi poetri buku itu sementara yang lain bermain-main.
      • Sumber: NCT DREAM Stay Under the Blanket EP. 3 (04/08/2020)
      • Waktu: 08:14

  • Haechan 
    • Dalam VLIVE, seorang peminat bertanya jika dia ada banyak menonton drama atau filem semasa waktu cutinya. Haechan menyatakan bahawa drama yang paling baru dia habiskan adalah rekomendasi daripada ibunya, The Light in Your Eyes (2019) – dia berkata dalam awe bahawa dia menangis dan ketawa terlalu banyak semasa menontonnya. Dia jujur menyukai drama ini dan berharap agar para peminat akan menontonnya juga.
  • Jaemin
  • Yangyang
    • Dalam siaran langsung Yizhibo, Yangyang mengenang anjing lama keluarganya yang bernama Jīnmáo (Mandarin bagi Golden Retriever) dan menyatakan bahawa golden retriever tersebut telah selalu menjadi manis dan melindungi dia ketika membesar. Walaupun Yangyang sedih kerana haiwan peliharaannya telah meninggal dunia, selepas menonton filem A Dog’s Purpose (2017), dia percaya bahawa anjing-anjing akan direinkarnasi sehingga mereka dapat berjumpa pemiliknya lagi – ini adalah kenapa dia menginginkan anjing lain.
  • Shotaro
    • Dalam kemaskini aplikasi Lysn, Shotaro berkongsi filem rekomendasi buat pertama kalinya, memberitahu bahawa dia tidak pernah melakukan ini sebelumnya. Dia menyatakan bahawa baru-baru ini dia telah terserap dalam alam semesta Avengers (2012), mengagumi betapa hebatnya superhero-superhero tersebut dan berharap dia dapat jadi seperti mereka juga. Dia merayu kepada para peminat jangan merosakkan (memberi spoiler) filem-filem tersebut memandangkan dia belum menonton kesemuanya lagi dan juga menyarankan para peminat menonton filem anime, A Silent Voice (2016).
  • Sungchan
    • Sungchan menandatangani album NCTzen yang bertuah semasa sesi tandatangan peminat untuk Resonance, menambahkan sedikit nota menyarankan filem Architecture 101 (2012) dan The Beauty Inside (2015) kerana permintaan peminat tersebut. Dia menyebut bahawa dia menikmati romantik dan kedua-dua ini, khususnya, adalah filem-filem yang bagus.
      • Sumber: Fan Account’s Signed RESONANCE Album

  • Chenle
    • Semasa penyiaran Radio Akdong Seoul, Chenle menyarankan hos DJ JIn Yong untuk menonton Invisible Guest (2016). Dia menegaskan bahawa ianya merupakan filem thriller misteri yang sangat baik, menekankan beberapa kali yang Jin Yong harus menontonnya dan telah menyebutkan sebelum ini bahawa filem Spanish tersebut adalah mendebarkan – memerlukan banyak fikiran daripada penonton.
  • Jisung
    • Di aplikasi Lysn, Jisung berkongsi dengan para peminat yang dia telah terlalu mendalam dalam menonton Inception (2010) hari itu. Dia menjelaskan bahawa dia menikmati filem-filem di mana anda rasa seperti anda perlu menontonnya berulang kali untuk memahami apa yang berlaku dalam plot; dia sememangnya menyarankan para peminat untuk menonton filem ini.