Dari berkumpul bersama di Finding Momoland sehingga menjadi fenomena viral, Momoland secara berterusan membuat digital merasa peribadi. Akibatnya, Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin, dan Nancy dapat menghubungi para peminat mereka, Merries, di seluruh dunia. Kini, walaupun terdapat penjarakan sewaktu pandemik ini, mereka terus memanfaatkan internet untuk tetap dekat dengan para peminat. Tenaga dan keaslian Momoland diterjemahkan melalui skrin, sama ada untuk vlog yang menyeronokkan atau persembahan khusus. Penonton mendapat pengalaman itu semasa K-pop Superfest oleh Joy Ruckus Club pada 19 Jun. Sebelum acara tersebut, EnVi berbual dengan Momoland mengenai kekuatan teknologi, kerja berpasukan, dan kebersamaan.

Advertisement

Cetakan Digital

Sejak terbentuk di siri televisyen realiti Finding Momoland pada tahun 2016, kumpulan tersebut telah membuat banyak kenangan yang didokumentasikan secara digital. Dengan sifat yang ceria dan bertenaga, banyak detik ini yang malah menjadi viral. Salah satunya adalah lagu hit โ€œBboom Bboom.โ€ Walaupun lagu yang bersijil platinum itu dikeluarkan pada tahun 2018, muzik video tersebut baru-baru ini telah melebihi 500 juta tontonan. Untuk meraikan pencapaian itu, Nayun berkongsi bahawa para ahli menikmati makanan yang lazat bersama dan merenung.

Advertisement

โ€œRasanya seperti mimpi. 500 juta adalah jumlah yang sangat besar, jadi ianya sangat menarik yang ramai orang melihatnya [muzik video tersebut],โ€ Nancy memberitahu EnVi. Ahin mengatakan, โ€œSaya masih tidak mempercayainya dan saya gembira bahawa masih ramai orang yang menyukai โ€˜Bboom Bboomโ€™ kami.โ€

Tonggak ini memberikan motivasi kepada para ahli juga. JooE mengemukakan, โ€œIa sangat menarik, dan saya tertanya-tanya jika kami dapat mencapai sesuatu seperti ini lagi.โ€ Hyebin berkongsi tekadnya, โ€œSaya berfikir bahawa saya perlu bekerja dengan lebih keras lagi dan bersyukur.โ€ Dalam keterujaan, Jane menyatakan, โ€œSaya bersyukur atas rasa sayang yang tidak berubah dan berfikir bahawa saya ingin segera melakukan comeback.โ€

Pada takat ini, ianya seperti sifat kedua untuk Momoland dengan menjadi viral.

Advertisement

Lagu serta tarian mereka menular dan mengambil alih media sosial, memenangi hati ramai orang. Kepentingannya tidak menghilang pada Jane yang menerangkan, โ€œSaya ingin melihat seluruh dunia menjadi satu melalui muzik dan saya fikir SNS digunakan dengan baik sebagai media.โ€ Ahin menambah, โ€œSaya bersyukur kerana ramai orang yang berminat dengan kami.โ€

Melihat ke belakang, Nancy, yang menjadi viral untuk kostum Marilyn Monroe-nya, berkongsi, โ€œLebih daripada apa-apa, saya senang membuat kenangan yang menyeronokkan setiap kali Halloween.โ€ JooE, yang menjadi viral untuk tariannya beberapa kali, mengakui, โ€œIanya sangat bagus dan suatu kehormatan yang kami dapat berdiri di atas banyak pentas melalui peluang itu.โ€ Nayun dan Hyebin bersetuju bahawa pengalaman tersebut membuat mereka teruja dan mereka ingin melakukannya lagi. โ€œSaya ingin memberi lebih banyak kegembiraan kepada orang lain,โ€ Hyebin berkata.

Momoland telah melihat diri mereka di sisi yang lain juga, meletakkan corak nada mereka sendiri di sebuah hit viral, โ€œWrap Me in Plasticโ€ bersama Chromance. Hyebin berkongsi bagaimana rasanya untuk menjelajah wilayah baharu, โ€œSaya gembira kami dapat menunjukkan sebuah konsep dengan rasa (vibe) yang berbeza, saya suka bahawa kami dapat untuk mendekati sesuatu yang menarik bagi orang ramai.โ€

Advertisement

Berkenaan dengan bekerja bersama Chromance, Jane berkata, โ€œSaya rasa ianya sebuah pengalaman yang menarik untuk berkolaborasi dengan artis dari luar negara. Saya rasa kami mempunyai sinergi yang baik kerana mereka sesuai dengan warna kami juga.โ€ JooE, sepakat dengan anggota lain, berkata, โ€œSaya senang mempunyai pengalaman baharu menerusi pembuatan semula.โ€ Dia menyambung, โ€œSaya gembira untuk meninggalkan kenangan-kenangan yang indah semasa sesi rakaman muzik video tersebut. Saya harap kami akan mendapat banyak peluang seperti ini lagi lain kali.โ€

Sepanjang semua projek ini, Momoland telah menunjukkan kerja keras yang konsisten. Ini telah menjadi sebahagian daripada identiti mereka sebagai artis dengan bunyi pop bubble-gum dan juga tarian bersemangat mereka. Mereka juga sangat disukai untuk visual dan gaya mereka yang menyerlah, digambarkan sebagai comel, berwarna-warni, sederhana, dan anggun. Digabungkan, ciri-ciri ini telah mendapatkan Momoland sebuah tempat di antara idola-idola yang sangat berpengaruh dan baris peminat (fanbase) yang setia, Merry Go Round.

Sentiasa Di Sisi Anda

Advertisement

Pengalaman-pengalaman sebelumnyaใ…กditambah dengan kemurahan hati dan dedikasiใ…กmembenarkan Momoland untuk terus terhubung dengan Merries dan dunia melalui pandemik ini.

Walaupun tidak ada yang boleh menggantikan bersama secara peribadi, kehadiran Momoland dirasakan melalui persembahan-persembahan yang hebat dan detik-detik jujur yang ditunjukkan kepada peminat.

โ€œKami telah berkomunikasi secara rapat dengan peminat-peminat kami sejak sebelum debut,โ€ kata Jane. โ€œOleh itu, saya berasa amat sedih kerana kami tidak dapat untuk berkomunikasi di atas pentas baru-baru ini, tetapi saya rasa lega bahawa sekurang-kurangnya kami dapat berkomunikasi secara dalam talian.โ€

Advertisement

Apabila disoal apa yang mereka ingin sampaikan kepada para peminat, para anggota menerangkan rasa sayang mereka terhadap Merries. Nayun menekankan, โ€œSaya amat merindui dan menyayangi Merries.โ€ Ahin bersetuju, โ€œSaya menghargai dan menyayangimu, bila-bila sahaja, dimana-mana sahaja.โ€

Dalam pesanannya untuk para peminat, Hyebin menyatakan, โ€œAlangkah baiknya jika saya dapat menyampaikan pesanan bahawa saya sentiasa ingin berada di sisimu dan menghasilkan muzik yang bagus dan membiarkan kamu mendengar.โ€ Jane berkata lagi, โ€œSaya ingin menjadi sumber keselesaan apabila keadaan menjadi sukar.โ€ JooE menunjukkan kesungguhannya, โ€œSaya ingin segera kembali semula dengan muzik dan menunjukkan imej baru Momoland. Saya ingin menghantar Merries banyak pesanan-pesanan cinta melalui kandungan.โ€ Nancy berkongsi sentimen yang sangat berkaitan, โ€œSaya rasa kami memerlukan harapan dan rasa (vibe) yang bertenaga sekarang.โ€

Sepanjang masa yang sukar ini, para anggota telah mengambil inisiatif untuk terus berhubung dengan peminat. JooE telah beralih kepada TikTok dan Instagram seperti Ahin. Sama seperti Nancy, Nayun telah menggunakan SNS dan kafe peminat (fan cafe) rasmi kumpulan itu. Jane telah melancarkan saluran YouTube miliknya sendiri, berkongsi covers dan detik-detik kehidupan seharian. Hyebin menjelaskan, โ€œSaya ingin menunjukkan pelbagai sisi diri saya, tetapi saya tidak rasa yang saya boleh melakukannya buat masa sekarang.โ€ Dia berjanji, โ€œSaya akan cuba untuk bertemu dengan anda semua melalui pelbagai cara yang bagus lagi.โ€ Namun begitu, dia terus mengemas kini para peminat melalui Instagram miliknya juga.

Advertisement

Bersama, kumpulan ini melengkapkan sebuah projek baharu untuk para peminat dengan vlog-vlog โ€œPLAN NO.3 Are You Ready?โ€. Untuk siri tersebut, para anggota melakukan pelbagai tugas, menunjukkan peminat kandungan-kandungan yang baharu dan menarik. Nayun, Jane, dan Ahin menikmati kebolehan mereka untuk menghadirkan sisi baru mereka kepada peminat dengan mengongsikan bahagian-bahagian dari kehidupan seharian mereka. Tetapi walaupun dalam membuat video ini, para anggota menunjukkan dedikasi mereka terhadap peminat dengan JooE, Hyebin, dan Nancy mengharapkan yang mereka dapat melakukan yang lebih baik. Namun, gadis-gadis tersebut senang melihat antara satu sama lain dengan cara yang berbeza. Ahin berkata, โ€œIa menyeronokkan dan comel. Ahli-ahli comel kami.โ€

Selain memastikan para peminat mereka merasa terhubung, para anggota meneruskan sejarah filantropi mereka. Mereka menderma topeng muka, beras, dan tuala wanita kepada mereka yang memerlukan pada tahun 2020, menyedari kesulitan yang ditanggung ramai orang akibat COVID-19. Tidak mementingkan diri ini adalah ciri Momoland dan telah ditunjukkan sepanjang pandemik ini.

โ€œAhli-ahli Comel Kamiโ€

Advertisement

Walaupun sangat sibuk, Momoland terus bergerak maju ke hadapan bersama dengan sikap positif. Bagi Hyebin, para peminat merupakan sumber inspirasi. โ€œKami mendapat keberanian dan tenaga setelah melihat peminat-peminat kami percaya dan menyokong setiap imej kami,โ€ dia berkata. Nayun bersetuju dan menambah bahawa berada bersama ahli-ahli juga memberinya kekuatan.

โ€œSaya rasa tenaga kami meningkat apabila kami berfikir tentang menemui peminat-peminat kami dan berdiri di atas pentas.โ€

JooE dan Jane menyebutkan bahawa menjadi rapat antara satu sama lain membantu untuk mengekalkan corak pemikiran mereka juga. โ€œSaya terus bertemu dengan ahli-ahli dan berkomunikasi, kami bertukar-tukar cerita sambil berkongsi kehidupan kami bersama,โ€ jelasnya. โ€œRakan-rakan terdekat saya adalah ahli-ahli saya.โ€ Di mana Nancy mengulangi bahawa bersenang-senang dan ketawa bersama hanyalah sebahagian daripada siapa mereka.

Advertisement

Ahin turut berkongsi pemerhatian, โ€œAnehnya, ketegangan (tension) kami meningkat lebih lagi apabila kami sedang berjuang dengan keras dan penat.โ€

Dengan kecenderungan itu, ia terlihat seperti para anggota sudah sedia untuk meneruskan bab mereka yang seterusnya. Ketika ditanya adakah para peminat boleh mengharapkan apa-apa projek baharu, JooE mengusik, โ€œTidakkah sepatutnya segera ada satu?โ€ Anggota lain memastikan bahawa para peminat boleh menantikan comeback mereka, menunjukkan โ€œtenaga, kegembiraan, dan kesegaran yang lebih baikโ€ menurut Hyebin.

Dalam jangka masa yang panjang, ahli-ahli berkongsi bahawa mereka ingin mencuba pelbagai jenis genre yang berlainan semasa kerjaya mereka. Hyebin menekankan bahawa dia ingin mencuba konsep baharu. JooE membincangkan hasratnya untuk konsep seksi berkarisma. Nayun memilih untuk rasa (vibes) ala pari-pari, sementara Jane memilih girl crush. Ahin mengatakan bahawa dia menyukai R&B dan Nancy mencadangkan hip hop dan rock.

Advertisement

Tetapi yang paling penting, Momoland ingin bersatu kembali dengan para peminat mereka, terutamanya setelah waktu yang sangat sukar. JooE menjelaskan, โ€œSaya rasa tahun lepas dan tahun ini telah penuh dengan kesyukuran, terima kasih kepada ahli-ahli kami yang tetap di sisi saya tidak kira apa yang berlaku dan Merries kami yang menyokong dan menyayangi kami.โ€ Dia berkongsi, โ€œSaya harap yang semua orang sihat dan bahagia. Saya tidak sempurna dan masih banyak kekurangan, tetapi mohon terus awasi saya.โ€ Nayun menegaskan, โ€œSemua orang pasti mengalami kesulitan disebabkan oleh Korona, tolong dapatkan sedikit lagi kekuatan. Mari kita semua hwaiting bersama.โ€

Mencari ke Menunggu

Perjalanan Momoland tidak seperti yang lain. Menunjukkan bakat mereka dan menggabungkan karya mereka melalui bidang digital telah mencipta sebuah pengalaman artis dan peminat yang unik. Dari permulaan mereka hingga ke persembahan-persembahan dalam talian ini, Momoland sentiasa membuat para peminat tetap berhubung. Kini, mereka tidak dapat bersama, perasaan tetap ada kerana para ahli muzik tersebut terus untuk bekerja keras. Sejak debut, mereka telah menerima cinta dan mengembalikannya dengan muzik, tarian, dan detik-detik keperibadian mereka. Dalam kata-kata mereka sendiri, ianya semua berbalik kepada para peminat yang mereka hargai. Nayun mengungkapkan, โ€œSaya rasa ianya boleh kerana Merries kami sentiasa berada di sisi kami.โ€

Advertisement


Inginkan lebih banyak Momoland? Lihat liputan K-pop SuperFest oleh EnVi DISINI!